Pages

Sunday, April 15

AKU PELAJAR PRAKTIKAL

Seorang pelajar yang bekerja sementara di sebuah hospital swasta pastinya membawa banyak pengalaman.

Bukan ditugaskan untuk menjaga orang yang sakit, tetapi menjaga alatan dan mesin besar mahupun kecil yang digunakan oleh pesakit.

Tak susah, dan tak juga senang.

Berhadapan dengan mesin yg tidak dapat berkata lebih mudah jika dibandingkan dengan karenah manusia yang banyak bicara.

Tak semua orang boleh terima keputusan kita, tapi kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.
Kadang kala kita perlu untuk menjadi dungu demi mendapatkan sesuatu perkara. Perkara baru dan ilmu berguna.

Mencuri peluang untuk mencuba setiap apa yg dilihat.
Bekerjasama dengan setiap kerja yang diberi.
Mendegar patuh setiap arahan yang ditugaskan.

Buat kerja dengan hati yang senang, gelak tawa amat menyeronokan walau melambatkan dari bekerja dengan hati yang suram tapi tidak memuaskan.

Menghormati pekerja atasan dan pedulikan setiap pandangan sinis yang diberikan.

Akhir kata, cuba ikhlas kan diri di setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk kebaikan diri di masa hadapan.
Tu dia~~ muka tania bila datang nya mood happy waktu kerja :D




weee, hari jumaat je aku pakai baju kurung.
cube teka hari ape 2 gamba ni ditangkap? 
:D

Wasalam.