Pages

Thursday, May 24

MEKASIH dari SAYA :D

Entry ni aku rasa macam nak sangat buat walaupun insan yang aku nak tujukan UCAPAN terima kasih NI tak mungkin akan baca. Bukan tak mungkin, malah memang tak akan baca.
Ucapan terima kasih untuk semua yg trlibat waktu aku prktikal dulu. 
*PENDEK DAN PADAT.

TERIMA KASIH untuk MAMA :’)
Kejut kakak  bangun pagi dengan penuh sabar. Haha. Ouh ya, aku bukan sukar bangun pagi tapi masih mahu diulit mimpi indah sambil diselumuti dengan selimut gebuu :P
Buat kan kakak bekal setiap hari pergi kerja. Dah besar pun masih ade bekal tau. Hihi.

TERIMA KASIH untuk AYAH :’)
Hanta kakak pergi dan balik kerja .  Dalam kereta syok je tido. Betuah punya anak.  Maaf ayah ;)
nasib baik tempat kerja aku dgn ayah sehala.
*inilah padah bila tanak ambik lesen kereta awal awal dulu. alasan takut nak bawak  
-___-‘’

TERIMA KASIH untuk STAFF BIOMEDIC
Ajar aku yg sedikit blur sampai faham. Kasi cuba itu dan ini. Kongsi pengalaman dan segalanya.
Tahan dengan perangai aku yg simpang siur.

TERIMA KASIH untuk KAWAN KAWAN
Tolong aku buat itu dan ini, tunjuk aku bila tidak kefahaman, beri keceriaan setiap hari.

TERIMA KASIH untk staff  IT DAN ENGINEERING
Kasi pinjam tools, kongsi cerita, betulkan laptop, kasi tumpang bilik bila bosaan nk kerja atau kate lain nya,tumpang melepak :D

TERIMA KASIH untuk AKAK AKAK LAUNDRY DAN PAKCIK GUARD
Suka aku bila borak dengan diorng ni. Peramah. Tak sombong. Byk cerita.

TERIMA KASIH untuk NURSE NURSE
Hanya pada yang beri kerjasama :P

Last but not least

TERIMA KASIH pada cik abang front desk
Mekasih ya atas pemberiannya ….
Dia kasi ini bila tahu kami dah nak blah dari tempat tersebut …


Kami renung choki choki itu dengan pandangn tajam dan mendalam. 
Tiba tiba..


TERIMA KASIH sekali lagi
wasalam :)

Friday, May 18

Selamat Tinggal !

Assalamualaikum. 


Cuba buat entry seringkas yg mungkin, sebab nak run tengok super spontan. sokong beruang comel ya kerna beruang itu comel macam aku (; 
okay,hanya cebisan tentang aku yang sudah tamat latihan industri dengan jayanya. jaya ke ? HAHA. 

5 bulan berhempas pulas menunggu waktu tamat LI -____-'' 
Bila dah sampai hari terakhir. rasa macam ''eyh, kenapa kejap sangat ni ? boleh sambung lagi tak ?'' 

biasa lah, 6hari seminggu datang kerja. menyampah rasanya. tapi di situ lah tempat aku mengenal lebih dalam ape itu 'medical electronics' :') terima kasih, Alhamdulillah !

tanak bebel panjang. tengok gamba je lah.
*dah 9.30. lagi 30 minit super spontan*

bubble bubble cinta :D

we r from biomedic. eng. it and exec !

budak praktikal dan staff bergabung. wehuuu~

staff engineering

ini bos biomedic saya ^.^/
yang cool lagi stylo!


kita suka sangat gamba bawah ni, macam suweet :')
selamat tinggal, akan saya rindu semua !
sekali lagi terima kasih untuk yang ini KLIK SINI :')

tenet lembab macam harem.
 tanak upload lagi. 
sekian sahaja 

beruang comel kalah,ohmai :(

ouh, ya. bubye admire :')

Tuesday, May 1

zaman kecik kecik :D

Selama 5 bulan praktikal dekat hosp ni boleh dikatakan setiap hari Nampak budak. most every week  pergi ward baby, kanak kanak, klinik. Alahai comel je diorang. Muka inesen je. Budak kecik zaman sekarang dah canggih. Baru umur 5 6 tahun dgn pegang ipad tab. aku dulu pegang mainan plastic je. 
Bila aku perhati budak budak ni , teringat pulak zaman jadi budak comel dulu dulu ;) just wanna share antara pengalaman yang disimpulkan untuk korang bace dan agak agak pernah tak korang alami perkara sama.ouh, mungkin ade sedkit perkara yg annoying *

1. Main masak-masak + mak-mak.
Haa, mesti semua pernah main kan? Kalau dah main masak masak mesti ada family. So, akan ada yang jd mak, ayah,  along, angah …. Main petik petik daun untk buat sayur. Masak air. Tidur kan anak anak. Kan kan ?


Teringat dulu aku dengan sepupu aku, main masak masak di bentangan tikar opah. kami tak puas dengan api yg tk cukup besar untk masak belimbing besi (habis belimbing besi opah kami kerjakan ) Kami senyap senyap ambik minyak petrol dekat kedai atok. Lepas tu bila dah dapat kemain eksaited.

Agenda pun bermula, kami rakus menuang minyak tu dekat api. Pomm! Terbalik kuali opah yg jadi milik kami maka bertaburan lah belimbing yg di masak. Nasib baik tak kena sapa sapa. Kami main belakang rumah, jadi mama kami dgn opah yg tgah syok memasak di dapo, berlari ke arah kami. Ape yg kami buat? Sengih sengih sambil buat muka inesen.malam tu kene marah. Sekian. 

2.   Lambai tangan bila Nampak kapal terbang.
Aku tengok budak sekarang dah tak heran bila tengok kapal terbang. Dulu aku nak tengok kapal terbang pun susah. ada pun dekat buku, itupun gambar je. Sekarang game semua nak guna kapal terbang . So, perasaan jakun budak zaman ni bila tengok kapal terbang tak lah mcam aku dulu dulu.  Asal Nampak mesti nak lambai siap jerit bye bye org atas! tapi bila dah dapat naik pergi melancong pun masih nak jerit lagi,hai hai org bawah ! -_-

 3. Pergi mengaji ramai ramai.
Dulu aku mengaji dengan sorang nenek ni. Agak garang jugak lah siap pegang rotan. kami bace dia pejam mata menghayati, mungkin beliau sudah hafal.. Nenek selalu marah aku sebab  bila mengaji yg pendek aku bace panjang yg panjang jd pendek -_- heheh. Tp nenek puji bila semua hukum tajwid yg dia soal aku boleh jawab,belahgak tau. Alhamdulillah dr muqaddam ke quran aku khatam dengan nenek. Nenek pun selalu nasihat kami bila kiteorang dah habis mengaji :’) alahai, rindu nenek.
Aku pergi mengaji ramai ramai naik basikal lepas maghrib siap racingg,
 gerak dari rumah ke rumah bersama sambil ketawa ria :D

4. Eksaited bila dapat minum milo percuma.
Waaa, time ni semua eksaited beratur nak ambik milo percuma. paling best sebab dapat skip kelas. hahah. lari lari pegi dekat van petak milo. Masa dah sampai turn nak dpt milo kat abg yg jaga air tu, aku buat muka comel plus inesen dgn harapan dia bg dua cawan. Tapi dia sikit pun tak tergoda. Haha. Bila dah dapat secawan lari masuk kelas. Minum ramai ramai. Semua buat buat minum. Padahal masing masing sayang nak habiskan. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal kat rumah sendiri pun ada milo mak belikan.

5. Main hujan.
Waaa, ini sangat best ! kalau dekat kampung bila time hujan kami berlari keluar. Ya Allah seronoknya jangan cakap. Keluarga masing masing tak marah malah seronok bila tengok kami bermain. Habis lecak semua kami sapu. Bila hujan behenti cepat cepat lari masuk bilik air, basuh badan balik. 

Tp, air hujan dulu takde pulak buat demam mcm skrg, KOT. Sekarang ni, bila gerimis sikit para ibu bapa dah suruh anak anak masuk rumah. Takut anak demam
 *mungkin saya akan buat bende yg dama di masa hadapan :P

Bosan baca? Sila teruskan ye, sikit je lagi. hihi

6. Buat kapal kertas.
Habis buku kosong kami koyak buat kapal kertas. Lepas tu pergi dkt parit. lepaskan kat parit. Lepas tu , kami koyak kertas lagi dan buat lagi sampai lah bosan. Kapal yg banyak banyk kami buat main dkt parit, kami biarkan saja ia pergi tanpa dikutip balik.

*jangan tiru aksi ini, maaf lah kami punca parit tersumbat :D               

7. Teddy bear dan anak patung barbie.
Tipulah anak perempuan tak pernah pegang bende atas ni kan? Hihi. Dulu mase main dengan jiran sebelah siap buat buaian guna kain batik mama konon utk tidurkan bear . lepastu buat sendiri baju untk Barbie. Almaklumlah, kita ni anak tailor :D sekarang patung semua dah gonee.


8. Main pemadam.
Lelaki -Haa, yg ni memang aku tak paham. Selalu tengok kawan kawan main lawan pemadam.  Sapa kalah, pemadam itu akan diberi secara percuma kepada pemenang. ada kawan aku siap ada bag guni lagi buat simpan pemadam ni. Time tu memang laku taukeh yg jual pemadam segi empat leper. 

Perempuan-haha, main orang orang. Pemadam jd orng. Pecil box besi jadi rumah. Kalau korang paham , mesti korang pernah main. Yg tak paham, abaikan :P

9. main fesyen fesyen.
haaa, dulu bila dah berkumpul semua sepupu perempuan. kami buat fesyen show dan aku akan jadi tukang make up. ku tenyeh tenyeh muka adik sedara aku dengan bedak, lipstik, eye shadow. lepas tu  lilit lilit selendag tu. selit sana selit sini. siap! ruang tamu atuk aku dijadikan pentas mereka berjalan di iringi lagu lagu rancak seiring gaya mereka berjalan. kelas kau jah!


tapi sekarang aku kurang adik sepupu perempuan. ramai lelaki. bila dah lelaki. ini yang diorang main :D
topi kepunyaan atuk korang rembat !

10. Jakun bila Nampak berudu.
Haa, dulu lepas hujan dekat kawasan rumah, kami cepat cepat pergi kat kawasan lecak padang . sebab nak tengok berudu. Time bengap dulu bila tengok berudu ni Nampak comel je ikan ni. Rase mcm nak picit badan dia *geli.


Korang nak tahu ape aku buat bila tengok kecomelan ‘ikan’ tu? Aku dengan jiran aku , kami buat lubang untuk pelihara ‘ikan’ tersebut . Dengan harapan bila dah besar akan jadi ikan yg cantik ! ayah pun tengok kan jelah aku korek lubang tu. Bila ayah tanye nak buat ape. Aku jawab nak letak ikan. Ayah pun tersenyum, biarkan aku gembira mengorek lubang. 3 hari jugak lah siapkan.

Lepas tu, ambik plastik dr rumah buat tngkap berudu. Haha! Siap tangkap. Masuk kan mereka di kediaman baru. bila ayah aku balik kerja, kemain terperanjat tgok lubang tu ada berudu. Terus ayah aku buangg siap letak batu besar kat lubang tu. Esok bangun pagi, aku terkejut tengok lubang aku takde ‘ikan’, menangissss tau! Ayah pun pujuk dan cerita lah apa akan jd bila ‘ikan’ tu besar nanti. Sweet kan ayah saya :D

Itu saja lah antara kenangan yg boleh di huraikan.
Ape ape pun kenangan hanya tinggal manisan yang boleh membuat kita tersnyum

Kalau bosan baca maaf lah ye. Sekadar berkongi pengalaman. Ape ape pun terima kasih baca. 
Assalamualaikum