Pages

Sunday, March 25

Suatu Petang

Jam 5.00 petang sudah tiba, dengan semangat nya aku melangkah ke tempat 'punch card'. Teett! Selepas itu menaiki tangga dari basement ke ground. Mencari kerusi sementara menunggu teman untuk pulang bersama. Sambil menunggu aku melihat 3 kanak kanak comel bermain.

Salah seorang dari mereka ‘’1 2 3 4 dah ke belum?’’
Antara 2 kanak kanak menjawab ‘’ belum ! kejap !’’
‘’ok cepatlah sorok! 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 dah?’’
“dah ! hehe’’
‘’dah?’’
senyap. Yang sulung mula mencari adik adik nya.
“ haaa! Dah jumpa ! adik jadi, hehe’’

Leka melihat mereka bermain.

‘’tania !’’
“Eyh wanie , cube kau tengok diorang main . comel je kan’’

 Tiba tiba kami rasa nak panggil. geram dengan kecomelan mereka.

‘’ adik sini kejap!’’

Yang sulung datang sambil mendukung yang bongsu datang kearah kami.

‘’ kenapa akak?’’
‘’adik ye semua ni?’’ *sambil menunjuk kearah 2 lagi
‘’ha’ah ni semua adik saya’’
‘’umur abang berapa tahun ?’’
‘’abang? Saya kakak lah. Umur saya 8 tahun.’’ *tersengih sengih sambil memeluk si bongsu

Kami berpandangan sesame sendiri.
Nak kaver malu kami Tanya lagi.

‘’ouh, adik yang laki kat sana tu berapa tahun pulak ?’’
 ‘’yang mana 1?’’ *seperti pelik
‘’Yang tu ?’’ * sambil menunjuk kearah budak yang memakai baju ben10 berseluar pendek dan bermbut pendek.
‘’eyh, itu adik perempuan saya lah. Dia tadika lagi. Tu dekat tangan dia yg kena balut tu kene masuk air. Haa’’

Oh, kami tahan lagi.

‘’kenapa yg adik kecik ni pakai selipar perempuan?’’ *sambil mencubit pipi si bongsu
 ‘’sebab dia perempuan lah kak, hehe.’’
 ‘’yeke, hehe. Takpelah. Dah pegi sambung main ye’’

HAHAHA, kami berlalu sambil menahan malu.


kalau tak faham ape yang aku cuba sampaikan, buat tak tahu je lah ye

Saturday, March 17

Selamat Datang Umur Baru !

Tanggal 15 mac umur meningkat setahun secara rasminya. kini sudah genap dua dekad aku di dunia. Alhamdulillah :) 
sekarang dengan perasan berbelah bahagi ingin aku mengucapkan selamat tinggal pada dunia belasan tahun yang meninggalkan banyak pengalaman *ayat sangat formal kan.


okay, ni aku dengan bebesar hati gedabak nak cakap terima kasih pada yang ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR TANIA" atau "HAPPY BIRTHDAY FATIN". 

facebook : for 3++, terima kasih. hargai taipan anda walau hanya sekadar HB .

phone : i will keep your message tightly friends.
facetoface : terima kasih mama ayah. pagi pagi bangun , nak pergi kerja dah ucap :)


bila hari lahir korang dah nak dekat tipu lah kalau tak rase eksaited kan. rase macam hari tu dunia kita yang punya! kalau yg ade fb mesty terasa macam retis sbb dalam sehari je wall kita penuh siap kene tekan "older post" banyak kali padahal sebelum ni tak de kejadian seumpama itu. wah ! Lepastu pengguna mobile dapat pulak call free, jadi mahu tak melekat talipong tu kat telinga sampai taik telinga pun bolah cair akibat gelombang radio aktif *okay tu tipu. call sampai lebam bengkak telinga. sebab time tu lah kita dapat cakap dgn kwn kwn tanpa perlu risau kredit . kan kan ?


Untuk tahun ni tercipta lagi kenangan manis, terima kasih rakan sepraktikal :')


sangat terharu, kita semua baru kenal tp korang buat macam ni macam kita lama kenal.
sebelum korang jerit suprise memang korang mengada buat perangai!
ade yang buat bodoh dari pagi dlm kereta mcm tak ingat hari tu is my special day
ade yang marah marah padahal tak pernah nak marah
ade yang tak layan aku langsung
semua nak kasi aku sedih lah kononya kan! HEH.
Aku cool lah weyh :P
*padahal dah terasa tahap gaban -..-
Ape apepun terima kasihh ye korang!
hadiah yang korang korang bagi semua aku suka!
yes, I appriciate it :)

nampak tak fail yang ade kaler kaler kat belakang tu ? haaa, tu tania yg buat :P


muka cantik komander


mana mungkin untuk aku lupa kan, kawan.

DAN


 Tiba tiba aku teringat mereka


aku ingat lagi, kau orang tipu.
 kau orang cakap jom keluar ramai ramai sebab nak buat photoshot untuk assgmnt roy, 
selaku pelajar jurusan photographer. tapi ini yang kau orang rancang rupanya

Terharu


jam dari mereka , so touched

awww~


Ini juga mana mungkin untuk aku lupa, kawan.


orang tua kata di sangka panas sampai ke petang tapi hujan di tengah hari.
perumpaan ni sama lah macam ape yang aku nak cerita.
ingat boleh sambut dengan tenang 
tapi rupanyaaa..
pukul 8.40  tengah syok syok begamba tiba tiba aku dapat call dari roomate 
"tania, kau bila nak balik ? ni ade buat roll call tahu tak ''
Aku terkedu. 
 ''err, ok ok kejap lagi aku balik''
  
Dalam perjalan pulang, dapat call lagi.
''tania, mana kau. ketua blok dah tanye mana kau hilang"
Aku kecut perut.
"err, aku dah nak sampai depan pagar ni dalam kereta. kejap lagi aku masuk"

sampai depan pintu pagar, dapat call lagi.
"tania, lambat lagi ke ? warden ade ni siap panggil nama sorang sorang siapa yang tak ade dari tadi"
Aku tak nak balik asrama !
"......." *bunyi cengkerik

keputusan: tidur rumah sewa shafa. esok pagi baru balik. nasib baik tak ada kelas pagi

Ini lah padah keluar asrama secara haram
tanak buat lagi dah
padahal baru sekali buat -..-
terselit rasa tidak puas hati , selama ni tak pernah nak buat roll call tetiba time aku keluar haram ni pulak nak buat bende tu semua. hahah.
Nasib baik tak ade ape ape tindakan lepas aku balik. 
syukur.
*sebenarnya aku tak pasti sama ada perumpaan tu sesuai atau tak dengan cerita atas ni .

terima kasih buang masa anda di sini,
sangat hargai ,
ada masa jenguk lagi,
tak minta publisiti,
sekadar berkongsi.
 Assalamualaikum aku akhiri :)

Tuesday, March 13

SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Ini hanya entry ringkas.
*mereka sangat cantik di pelamin nikah

manakala kami lawa di malam nikah :P

baju aku basah sebab terlap tangan yg basah di baju -___-'

gelagat adik adik sepupu nakal saya.


Selamat pengantin baru buat kak ya dan abe atta !
semestinya kami mengharapakan kamu berdua kekal bahagia selamnyaaa~
 Ouh ya,bila pula turn saya ^^

Wednesday, March 7

Dedinner !

Waaaa. Dah bersawang blog aku ni haa. Semenjak dah bekerjaya ni nak jenguk blog pun tak sempat dah. Sadis betul kan ! meh sini kasi vacuum nak sedut  habuk sana sini.noob. Okay, singgahnye aku di sini dimana cume nak cerita pasal dinner tempat prktikal aku ni haa yang berlangsung tanggal 6mac2012.
 Baik woo staff staff sana kasi budak praktikal join korangg *bodek. Haha. 


Majlis mula pukul 8.30 malam. masing masing dengan seragam dan gaya tersendiri. Ada yang lawa. Ada yang unik. Ade yang macho. Semua ada.
Nurul syuhada nurul ain yang mengacara majlis malam tu sangat cantik *wink wink. Then, siap ada osbon lagi untuk kasi kami gelak gelak sampai terkeluar anak tekak.  
Terima kasih ye staff staff atasan bagi kami peluang join. Jadi kami remaja remaja mentah ni kemain eksaited bila dapat ikot. 


Inilah dia makan malam bertemakan 50 an

ye, aku lari tema

  
            
               

                                                                                                                          
MENU OH MENU !



 jemput jemput tengok ye semuaaa 
*ni baru sikit je tau. haaa, ni pun dah tahap semput perut dah

 THE END.

 jumpa lagi . terima kasih sudi jenguk .
Assalamualaikum :)