Pages

Monday, December 26

KPOP

Tetiba rasa nak buat entry pasal KPOP ni. Entah kenapa. Aku tahu, fenomena KPOP ni boleh dikatakan agak serious dekat Malaysia ni. Hampir 65% merupakan peminat tegar termasuklah adik adik sepupu aku. Sanggup berhabis duit untuk yang berkaitan dengannya. Aku tak kata salah. Masing masing ade hobi sendiri. Untuk kepuasan diri, Tapi jangan sampai makan diri ya  J

Ini antara reason kenapa ade yang sampai taksub sangat dgn abang abang dan kakak kakak korea nie.heheh. Jom jom readers tengok :
  • Confirm lah sebab muka mereka yang kiut 
    Buat aku rasa nak lempang-laju-laju bila tengok muka dioarang. 
    Contoh kalau aku bg kump girls generation and infinite suruh pilih mane yang paling tak kiut. Konfem dioarang tak tahu nak pilih yang mana satu. Kan ?
  • Tarian diorang 
    Aku yang tengok terasa nak semput. Kemas dan teratur walau tarian dia mcm super susah. Yang gegurl tarian super lentok, yang boboy super faster. Aku nak tiru satu lagu punya tarian pun rasenya amik masik bebulan bulan ==’’ statement tak tipu. Haha
  •  Dressing mereka yang boleh dikatakan superb 
    Yes, bagi aku memang superb. Yang lelaki dgn stail macho . tu belum masuk rambut yang ala ala manja. Kalau kat sekolah, memang habis lah dikerjakan sampai botak  dek cekgu disiplin. Yang perempuan pulak memey secomey habis lah. Siap rambut ikal ikal terbang terbang. Haaa.
  • Attitude mereka 
    Kadang aku rase diorang ni bagus jugak. Even muka cantik dan hensem diorang tetap ade pelajaran. Ni yang sepupu aku cakap lah. Peminat sekarang ni pandai. Minat biar berpakej .
  • Pengaruh media yang kuat 
    Dari majalah mahupun radio. Lagi lagi sekarang memang ade majalah yang penuh dengan artis korea. Haa. Makin seronoklah mereka. Bila dah tengok atau dengar sesuatu yang buat kita rase suka dan seronok ,mesty nak follow kan?

Ini saja lah yang aku dapat simpulkan. Tak lah banyak mana. Aku tak berapa sangat , sekadar  biase minat minat tengok , dengar macam tu jelah dengan kpop ni.

Pernah aku dok join dgn adik adik sepupu aku ni haa. Bayangkan lah kalau kump super junior yang ramai tu diorang boleh hafal nama semua siap cam muka lagi. Yang aku ni pulak memang blur habis. Tengok muka semua sama. 

Perbualan kami apabila menonton vid super junior di waktu petang sewaktu adenye anging sepoi sepoi bahasa *tipu tipu : ( lebih kurang macam nilah kan )

Intan : haaa, inilah si a yang kita minat. Comel gila
alyana: eyh, kita minat yang kat belakang tu. Lagi comel
(bila kump tu menari dah tuka tuka tempat)
Aku : eyh, ni yang alyana suka tu kan?
Elyana : eyh, bukan lah.
Ain: itu ain punya lah kak fatin. Kan beza tu?
See, aku langsung tak cam . aku tengok semua sama. Mcm pelanduk banyak rupa. Haha.

girls generation & super junior
kalau korang memang cam sorang sorang siap tahu nama,memey hebat lah :D

terima kasih sudi luangkan masa ya readers :)

Saturday, December 17

Theodore and Eleanor

Semalam lepas selesai beli baju ayah untuk ke dinner ofis dia malam ni, kami terus decide gerak cinema lepas maghrib. cerita atas keputusan adik aku yang bongsu. alvin and the chipmunks 3 (chipwrecked). 

theodore
eleanor


Motif cuma nak bagitahu yang Aku ADORE gila dgn dua ekor tupai ni. Sebab mereka comel macam saya :D Lagi lagi kalau dia buat muka kesiannn. Rase macam-nak-cubit-cubit-pipi-dia-yang-gebus-sampai-lebam !
aku nak beli bear theodore ni. Seriousss! Buat mase ni aku cari cari belum jumpa lagi. Masih mencari. Ada sapa sapa pernah jumpa ? Bagitahu ya. Heheh.

# Ape ape pun alvin and the chipmunks ke 2 paling best antara yang pertama dan ketiga. Layan cerita mcm ni dengan family memang seronokk  :D

Thursday, December 15

Alhamdulillah !

Ya Allah aku lega sangat lepas dah cek result. Alhamdulillah semua lulus dan masih 3 pointer . Penangan nak tengok result ni memang hebat. 3 hari berturut aku mimpi pasal result keluar tp bila time nak bukak result tu mesti tiba masa mama aku kejut subuh ==’’ jadi, memang tak nampak lah berapa result yang aku akan dapat . Paling teruk aku tak boleh tido satu hari ,sehari sebelum aku nekad nak tengok result. Ikut hati memang taknak tengok langsung. Bia sampai habis praktikal bulan 5 tahun depan baru tengok. tapi mengikut kehendak hati yang tak tenteram. Kene kuat jugaklah bila nak tengok.HAHHAH! Apa apa pun sekarang dah boleh tido lena. Dah boleh golek kiri kanan dengan tenang :D  Alhamdulillah. Syukur sangat. 


Terima Kasih pada pensyarah yang tahan dgn perangai tania yang blur dan suka buat buat paham ,
 mama dan ayah yang selalu bg semangat walau pun trang tang tang nampak kakak ni malas nak setadi -..-, 
kwn kwn kelas yang selalu bantu sampai aku betul betul paham. 

pada yang puas hati dengan keputusan , aku ucapkan tahniah ! :)
pada yang kurang memuaskan, cuba lagi. insyaAllah kegagalan itu satu titik kejayaan anda. Amin :)

Monday, December 5

Sabtu & Ahad

SABTU. Riuhnya kami sekeluarga besar belah mama menjayakan majlis cukur jambul plus kenduri khatan. Meriah nya tak perlu kata lah. Keluarga aku awal pagi dah bertolak ke rumah makcik. Semua makanan  kami warga wanita yang sediakan ,kami tak memerlukan khidmat segera . Disebabkan keluarga mama ade 11 orang. Jadi tak risaulah kalau wakil mak dan anak masuk dapur gerenti makanan siap. Tu belum masuk yang ade 2 atau 3 atau 4 ank perempuan. Haaa, memang riuhlah gamaknya. Nasib dapur tu besar :D  

Okay,hensem boy bawah ini (adik sepupu) dah pun Sembilan tahun, jadi memang patut sangat le pun sunat. See,dia pegang kain sambil senyum senyum >.<



Yeaa, inilah dia si cilik yang dicukur jambulnya. Baby kembar ! lelaki dan perempuan J
Farah Afrina & Arif Farhan

Marhaban yaaa marhaban dan bacaan yaasin dimulakan



Budak kecik zaman sekarang tiru pose budak besar zaman sekarang :D

Suka sangat bila keluarga belah mama 11 beradik berkumpul. Riuh sampai nak runtuh . mana tak nya kalau 22 pasangan suami isteri, 40 cucu dan 6 cicit ade dalam 1 rumah . okay, kalau korang nak tahu kembar tu adalah cicit keluarga kami. Tp bila mereka dah besar tetap nak mereka panggil aku ‘kakak’ bukan ‘makcik’ . demand kan ?
Riak muka atuk nenek senyum sampai telinga bila melihat kami sekeluarga  J



AHAD.  Bersiap untuk ke kenduri kahwin sepupu belah ayah di shah alam pula. 11 pagi dah bertolak. Keluarga ayah semua ada. Paling penting atuk dan opah yang datang dr perak! Selesai kenduri kami bergerak ke ikea dan the curve. Mencari idea untuk rumah baru. Ouh, bukan rumah aku tapi rumah makcik aku.
Pukul 9 malam baru kami bergerak pulang.
*bertuah rasenya mempunyai keluarga besar yang sangat rapat di kedua belah mama dan ayah, Alhamdulillah
 
ISNIN , SELASA , RABU , KHAMIS DAN JUMAAT dan hari hari seterusnyaaa
Menghabiskan sisa sisa cuti sem sebelum mula nya praktikal pada 19.12.

Apabila biskut bertemu air kopi. Akan menjadi hidangan lazat yg tak terperi. Makan dulu. Assalamualaikum. 



Friday, December 2

Ini dia hobi baru :)

Ouh, bosan . jejari sudah mula mahu menari di papan keyboard. Ini lah dia, ‘eksaited’ dengan hobi baru. HAHA. Mula mula saja semangat nak menaip. Lama lama bersawang lah blog aku ni :) 
Niat nak buat blog ni memang dah lama aku pendam -___-‘’
 Cume belum berkesempatan. Sibuk dgn dunia belajar, padahal tak lah rajin mana aku mengulang kaji. Bila dah habis exam ,cuti sem. Baru lah aku dapat buat bende alah ni. 
terima kasih ya nadiah jahari di atas pertolongan anda.
*sekarang ni purata mata menghadap lappy dijangka makin meninggi ==''