Pages

Friday, June 29

Ballon~

aku termangku seketika,
alangkah indahnya jika aku berada di kelompok ini,







dahulu,
melihat warna warni buat aku terpukau,
merengek minta dibelikan,
lalu si ayah mengikut kehendak si kecil,
ketawa suka bila kehendak diikutkan,
memegang erat tali takut terlepas,
di bawa kemana ketika bersiar,
entah macam mana tanpa sedar,
aku terlupa tentang tali yang dipegang,
aku terlepas,
warni warni mula terbang tinggi,
ku lompat demi dapatkan semula,
semakin tinggi, semakin jauh.

aku mula mahu menangis,
menangis kerana kepunyaan aku pergi,
pergi tak kembali,
tapi aku mula tersenyumm,
tersenyum melihat ia pergi,
pergi dengan kebebasan dan kecantikan.
:')

bulan ramadhan semakin dekat, semoga kita semua dapat jumpa bulan ramadhan, Ameen .
psst,dah ganti puasa belum ? hehe

Thursday, June 28

SOMBONG VS PERAMAH

PERAMAH PERLU
SOMBONG JUGA PERLU

Maksud aku 

peramah,
biar ikhlas
bukan susah nak jadi peramah
untuk disenangi
lemparkan senyuman saja sudah cukup
mereka akan suka dan kita selesa

Tapi..

sombong,
biar bertempat,
sangat senang menjadi sombong 
untuk kebaikan diri
berdiam diri saja sudah cukup
mereka akan jauh dan kita tidak akan dipijak

Jadi..

PERAMAH PERLU
SOMBONG JUGA PERLU


peramah versi sombong

Tuesday, June 26

Impian !


Terlalu banyak yang diimpikan,
Akan ku cuba untuk jadikan semuanya sebagai satu kenyataan,
Dari kayuhan perlahan dan harap ianya menjadi laju,
Sudah pasti disertakan dengan usaha dan doa,
Semoga semuanya terlaksana !
InsyaAllah, Ameen :')

Wednesday, June 20

Selamat Hari Ayah

Untuk ayah tersayang, paling di sayang. Tiada ayah yang lebih aku sayang. hihi.
SELAMAT HARI BAPA!

Hujung minggu lepas, kami tiga sekeluarga menyambut hari bapa . 
Dekat kg,  bersama atuk :)
So, plus minus ade 4 warga bapa lah.
Sweet betul mama mama kami ni rancang untuk suami mereka bagi pihak anak anak seperti aku.
Buat makan makan . Diet hapus dek kelazatan makanan yang dihidangkan -..-

my untie made this cuteeee cake.
ohhmaii sangat lemak berkwimm :D



Sempena hari ayah untuk tahun ni, 
Aku buat kad yang simple,
hadiah untuk ayah
l
l
l
V

ILOVEYOUAYAH

ni yang kurang gemar bila buat entry emosi. 
tetiba teringat masa ayah jaga aku dekat hospital.
sepanjang sebelum dan selepas aku buat pembedahan :')
sungguh aku terharu.
pengorbanan menjaga aku siang dan malam bertidokan kerusi malas.
sementara mama di dalam pantang ketika itu.

okay tanak teruskan, cukup emosi :')

Jasa IbuAyah kita memang tak termampu untuk kita balas, tapi berdoa untuk kesejahteraan rahmat dari-NYA untuk mereka setiap hari sudah tentu boleh kan?

pst, act hari hari adalah hari ayah :')

Friday, June 15

Walnut Wink Wink

Aku ada sorang kawan ni,
Nama dia nur hazwani,
Perangai gangsta tp baik hati,
Suka senyum nampak gigi putih bersri.

Kami datang bersama tiap pagi,
Sebelum masuk kerja kami exercise mulut,
Ouh, bukan mengumpat tp imbas memori,
Memori yg lepas dan hampir luput.

Waktu Balik jalan bersama,
Sambil berjalan bergelak ketawa,
Gelak kuat tak peduli siapa,
Yang penting hati kami gEmbira.

Haha, see my pantun yang tunggang terbabas di atas.
Saja mencuba mengasah bakat dalam memartabatkan bahasa *takde kene mengena.

Hazwani hasan
Kawan sekelas selama 2 tahun di teknik dahulu,
 Memilih tempat praktikal yg sama walaupun berlainan tempat pengajian dan juga course,
Kau lari bidang it, manakala aku masih terus di takuk elektrik
Akhirnya, kami bersama berjumpa semula.

Kawan yg slumber tp suweet, 
 sangat tak kedekut bila berbelanja  
kau pimpin tangan aku ketika melintas,
Suka marah bila aku bertindak kelam kelibut,
Aku suka bila kau tangkap gambar dan aku menjadi model. Haha.
Sebab tangan kau ada seni,
Kau tak lokek bila diminta bantuan.
kau bertindak tegas bila aku buat keputusan yg ntah pehapa,
Cukup lah , tanak bodek kau  lebih lebih.
sebab mesti kau dah blushing tahap pink siap ada gliter kan ?
habis semua gambar buruk kita aku upload :p




terima kasih banyak untuk ini ,birthday gift aku :')
pandai kau buat sendiri kenn, cehh . hehe.


Okay, wanie hasan my pengkid yang dah ada boyfie.
Ini entry khas untuk kau.
Sebab apa?
sebab aku rindu sama kau.

Rindu ibu kau jugak paling penting rindu adik aku (yo yo wassup!) :D


tiba tiba teringat bos selalu cakap,
"korang dah macam pakwe makwe aku tengok"
HAHA.
Terima Kasih Wanie untuk entry yang ini MEH KLIK SINI :)

Assalamualaikum


Thursday, June 14

Jangan Ambikk (2)

ceritera sambungan dari entry 'jangan ambikk (1)'
kami pun bergerak lah keesokan harinya. wehuuu
keluar rumah pukul 12pm. terus menuju ke balai polis. masuk balai ade sorang puan polis ni dok pandang kiteorang. muka garang, terselit rasa neves dalam diri. tapi kami buat cool je.
dia tanya '' Sila duduk. Ye, nak buat laporan apa ?''
kami pun jawab lepas dijemput duduk. borak punya borak ada satu cerita yg buat kami bertiga sedikit gelak. bila tengok muka puan yang garang ni senyum, aku dah macam ''eyh, cantik nya bila dia senyum''

she is :)

okay done report kami terus gerak pergi celcom centre dekat Bukit Raja.
Dalam kereta dah macam tawaf dekat setiap blog kedai. menyorok baik punya celcom centre ni -___-''


siap siap isi borang, cerita dari mula sampai akhir. dan akhirnya selesai. Alhamdulillah! yeay!
okay fine, baru aku perasan kenapa semua gamba kau? ni blog siapa? konfius -..-

Walaupun dah selesai, masih ada yang belum selesai.
Apekah dia?
perut belum selesai di isi :D
Pergi lah sek7 , Shah Alam.
Pak Li Kopitiam, here we come ! makan makan sampai kenyang.

tania punya

nisa punya

kami punya!

ini tania

ini pun tania

ini pun tania lagi :)
motif ? nak sama banyak dengan nisa. haha!

masalah sudah hilang
 perut pun dah di isi,
jadi mahu ape lagi ?
 dengan hati yang riang,
kami pun pulang.
hihi.

mahu pulangg

berbalik tujuan asal punya cerita , jangan ambik barang promotion. kalau boleh bila ade promoter datang kat korang, korang terus buat larian marathon. tak kesah lah dia hensem tahap tak boleh nak cakap atau cantik sampai tak boleh nak tafsir,hahah!
 confrm tak rugi. lepas tu singgah mana mana kedai beli 100plus tak pun revive isotonic. untuk kembalikan tenaga yg korang buat marathon tadi.

sekian saja, Assalamualaikum.

Wednesday, June 13

Jangan Ambikk (1)

Haaa, nak tanya korang pernah tak dapat sim card free yang kat tepi jalan ? yang orang datang kat kita siap bagi sim free? macam celcom selalu buat.

dia datang kat kita dan tanya ''adik nak sim free tak? cuma bagi IC dan kami akan bg sim secara percuma. ini sim postpaid. tak mahal , bayar dengan harga sama tak kesah lah nak guna banyak mana, bla bla...."

*haaa, dialog ingat sbb aku selalu dipengaruh dengan promoter. aku ni pulak jenis yg tak pandai nak kata TAK bila org promote jadah ni semua. tapi nasib baik kawan aku selalu tarik tangan aku bila dia nampak aku dok syok dengar ceramah yg cik promoter tekun menerangkan -___-''  siap dah kasi IC tunggu org tu photostat, then kawan aku pergi dekat promoter tu mintak pulang IC aku.

pada yang tak tahu apa itu postpaid, dia macam bill bulanan. bukan prepaid yg kita dok topup seminggu sekali. haaa, rasanya semua sedia maklum kan.

tak kesah lah bende tu PERCUMA ke, JANGAN AMBIK!
*emosi. haha.

sebab apa? unless korang dah ambik tanpa guna siap lah korang. cukup bulan, akan sampai bil walau pun korang belum guna sim tu. AHHAHA *gelak syaitonn

bayo bukan sikit, sampai 70 lebih, lepas baju atau kasut kan ? hihi

ni haa dia, one of my bestfriend dah pun terambik sim tu.
nak cerita lah jugak. dia terkejut tahap tak boleh kata ape. haha.
dia pergi ambik 2 sim, so total RM140++, Weyh dah lepas kalau nak belikan hard disk utk aku.

so, kami pun pergi lah celcom centre dekat sek13,ShahAlam.
nasib menyebelahi nisa bila kakak cantik tu kata tak perlu bayar tapi dia ada bagi 1 borang untuk terminate kan num tu, kene buat laporan polis jugak sebab takut ade perkara lain yg jadi . 
akak cantik tu cakap sebelum ni ade orang pernah datang buat report sbb ada promoter yang gunakan IC dia untk buat LOAN. So BEWARE ye korang !!!


nak berhenti takat sini. dah petang, esok aku sambung. tunggu ye
*ceh, macam ada je orang yang bace siap nak tunggu ==''
boii , assalamualaikum :)

Sunday, June 10

Teman Sekatil ~

wah, jangan salah paham bila tengok tajuk. hahha.
nindiaa cerita bila tania jumpa teman sebelah katil untuk 2 tahun semasa di teknik !
teman sekatil waktu malam. sebelum tido bergosip dulu, berkongsi masalah, cerita tentang kekasih hati,bertukar pendapat etc.
bila nak exam, atas katil. Aku tengok kau baca nota subjek awam, kau tengok aku buat kira kira elektrik.
(loya bila tengok nota awam kau. nak hapal step buat perpaipan, simen, tangga etc. banyak nya nak kene baca dah macam sejarah -____-''.
bila kau tengok aku pulak kau cakap wau banyak nye numbo, step formula semua.haha)


When we studied in the same country, we got the best conceivable advantage lah.
We decide to meet each other for 3days.
again, we slept together :')

bercerita masih tak habis. ada rezeki jumpa lagi :)

maziah dan tania

other roommates, miss you all .
Who's knows when we shall meet again.
InsyaAllah.

Wednesday, June 6

Bye Besties

Assalamualaikum, sekarang ni nak jenguk blog payah. habis berdebu blog dari sehari ke sehari menunggu jari menari di papan keyboard. entah kenapa sikap malas ini menebal. padahal bangun pagi dah nampak lappy, tgok tv tengah hari nampak lappy, malam sebelum tido nampak lappy. tapi perasaan untuk mencipta entry pada lappy di blog sendiri ini tidak memanggil. okay, habis bebel.

Sekarang permulaan cuti sem sudah sedikit bosan. sebab sahabat selepak, sahabat segelak, sahabat selenga , sahabat mengumpat dan mcm mcm lagi lah dah pun balik ke IPT masing masing. 
sangat lah susah nak jumpa bila masing masing sudah pulang ke IPT sendiri.

sebelum pulang kita jumpa bersama , melepak sampai lebam, ungkit semua kenangan lama, bercerita tanpa henti, gelak terbahak bahak.

ohmai aku rindu :')

UNTUK KAU ORANG, 
  • selamat belajar dan niat sebelum belajar keranaNYA
  • dapatkan dekan
  • jaga diri, jaga hati
  • jangan lupa aku , i mean TIANS :')

Berkenalan dan berkawan rapat sejak dari sekolah rendah, persahabatan yang dah pun hampir sepuluh tahun. macam macam dah suka duka yang kita harung.  Alhamdulillah persahabatan kita masih kekal hingga ke hari ni.

bila kita bersama :)
the piece of :


 


*gambar semua muka tak matang, biasalah budak belasan :D

Zaman Sekolah
every year buat reunion, baling tepung plus telur, buat kek sama sama.
lepas habis PMR naik moto sama sama pusing satu taman tanpa motif -___-'
manfaatkan masa sebelum perhimpunan pagi,
(siapkan kerja sekolah, saling meniru. hahah)
rehat sama sama walau berlainan kelas
berangan nak satu U bila kita dah besar
 lepak bergelak berkumpul setiap hujung minggu
gosip tentang lelaki idaman
bila senang kongsi gembira
bila susah kongsi duka 
bila raya kumul semua
dulu kita siap pilih bila kahwin nak jadi pengapit pada sapa.
ouh, macam macam lagi

Tapi bila kita semua dah jauh
dah mula merantau
kita jarang buat semua benda tu
tak kisah lah,
asal hati kita tetap bersama.
*sedih :')

semoga persahabatan kita kekal sampai hujung nyawa. 
Ameen  !