Pages

Saturday, July 21

Meh lah titikberatkan tentang saf (;

Assalamualaikum semua. sekarang dah masuk puasa yang kedua. 
kejap lagi pejam celik dah habis puasa. semoga kita semua dapat menghabiskan dengan jayanya dan istiqamah, InsyaAllah :)
bila bulan puasa apa yang kita ingat mesti terawih kan. berpusu pusu kita nak pergi terawih beramai ramai. sebab terawih ni datang bila bulan ramadhan saja.


Bila pergi berjemaah terawih di masjid atau surau, aku teringat masa sekolah asrama dulu.
setiap kali solat berjemaah, Imam selalu menitikbertakan tentang saf.
sebelum solat bermula, imam akan meminta kami semua merapatkan saf, 
katanya : pastikan bahu bertemu bahu,lutut bertemu lutut. jangan kasi ruang untuk syaitan.
seronok bila tengok semua solat dalam keadaan rapat. yang tak berapa kenal pun boleh jadi kenal.
masa kita solat jika ade kekosongan disebelah(cnth: rakan sebelah batal solat dan bergegas ambil wudhuk semula), kami di ajar cara bagaimana nak bergerak dengan betul supaya saf tiada kosong. 
Tapi bila aku pergi berterawih, ramai yang berjemaah dalam keadaan jarak jarak, bersepah. seperti nak solat individu dalam berjemaah. paling sedih, bila ade kekosongan dalam 2 orang tapi tiada siapa yang nak isi, malah pihak sebelah yang patut sama sama bertemu (rapatkan saf) langsung tak bergerak. biarkan ruang tersebut kosong tanpa di isi. jangan lah macam tu :')




bila berjemaah, jom lah kita sama sama menjaga tentang saf :) 
nak share sikit :

Hadis Berkenaan Dengan Cara Merapatkan Saf

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ

Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)

Hadis Tentang Kepentingan Merapatkan Saf

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
  • Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :
“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
nampak kemas kan bila menjaga saf :)


Saja nak berkongsi, diri aku sendiri pun jarang berjemaah. banyak kekurangan. 
Lepas ni marilah kita sama sama mula merapatkan saf bila berjemaah,lagi lagi di bulan mulia ni :')

Salam Ramadhan :')

May the peace and mercy of Allah be with you.

Salam ramadhan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
semoga amalan dan ibadah kita diterima oleh-Nya,
moh la kita banyak buat kebaikan di bulan mulia ini,
 InsyaAllah (=

Saturday, July 14

hoi buku !

buku oh buku kenapa engkau buku, macam mana aku tak buku memang aku buku ~~ *rentak lagu bangau oh bangau.

tak perlu nak berkawan rapat dengan buku kalau budaya membaca tak ada. macam aku lah senang cerita. time belajar je aku nampak buku. time cuti? halamak nya buku pun terbang.

ni nak kene pupuk balik sikap membuku. maksud aku sikap membaca.
baca sampai lebam, baca sampai otak berisi, baca sampai muntah.
tabik pada anda yang suka membaca, mengisi masa dengan membaca, menghabiskan duit untuk membeli buku , duduk dalam bas atau ktm sambil membaca, berjalan di mall sambil membaca, berdating sambil membaca. tapi tidak untuk makan sambil membaca.

Dulu aku pernah makan sambil membaca, tapi kena tego dengan ayah. 
memang tak salah pun, 
tapi sebaik baik nya kita dahulu kan rezeki dulu.
 selesai makan baru lah boleh tumpukan kepada membaca.
 sebab perut kenyang, hati riang nak membaca pun senang :D

hoi buku, here I come.
*ayat sekadar suka suka jangan ditiru. nak dekat ilmu kene lembut sikit.
Assalamualaikum.

Friday, July 13

Air yang dicincang tak kan putus?


Air ni ibarat keluarga atau adik beradik,
Yang dicincang tak kan putus,
Tapi boleh pakai ke untuk zaman sekarang ni ?
Aku tengok sekarang dah banyak keluarga yang berpecah belah,
Pokok pangkal nya dari hati

Jadikan keluarga anda seperti air yang mengalir dari sungai
Sungai yang tenang dan nyaman.
Air di sungai takkan putus,
Walau sesaat dan mengalir dengan bersih jika dijaga.

Manakala jangan jadikan keluarga anda seperti air yang mengalir dari paip.
Paip yang keras,
Sekejap sambung dan putus,
Dan mungkin akan menjadi air yang karat jika lama tidak diguna,

Kesimpulannya mestilah jadi air yang mengalir dari sungaikan?
Ingat susah manapun kita,
Sakit hati manapun kita dengan keluarga,
Keluarga jugak lah yang utama.
Susah senang biar lah bersama keluarga,
Masalah boleh di bawa berbincang kan ?
Give and take lah. InsyaAllah bahagia J
Assalamualaikum..

Tamat Cuti


Tamat cuti bermakna sudah habis lah cuti dimana sebelum ini aku boleh tido sebentar selepas subuh , menonoton tv selepas zohor, mengambil angin petang selepas asar. 
Makanya selepas ini, selepas subuh perlu terus bersiap ke kelas, lepas zohor perlu bergegas juga ke kelas dan selepas asar baru pulang dari kelas. Cuba kira berapa banyak selepas aku guna. Haha.

Bila dah masuk sambung belajar lepas 2 bulan menggemukkan diri di rumah, rasa macam seronok pun ada. Sebab jumpa semula kawan kawan. Dah 8 bulan tak jumpa, masing masing menunaikan kewajipan tuntutan pengajian dengan pulang ke negeri asal untuk latihan industri.


Hari pertama kami diminta datang dan hantar segala jadah report bertaip dan juga bertulis.

Ini housemate aku, merangkap teman sebilik di rumah sewa. Lepas penat beratur lama menghantar report, kami bergegas mengisi perut. Alhamdulillah kenyang.

Hari kedua. Kami datang untuk tujuan mendaftar pula.
Ini juga housemate aku. merangkap teman sekelas se course yang rapat sejak sem 2.


Nak pergi daftar ni. Muka sangat semangat tak ? haha. Rumah sewa masih kosong tak berisi barang.


     
Semoga sem ini kita semua terus maju wehuu wehuu. Amin.

 Ada rezeki ada dekan :D InsyaAllah.
view dari rumah sewa. cantikkan kebesaranNya.
belum berlangsir :D

Thursday, July 12

Cuti oh cuti


Tujuan gambar ini diletakkan memang tidak sesuai untuk di suai padankan dengan tajuk diatas. Mungkin tajuk itu sesuai bersama gambar aku dok bersantai di tepi pantai atau bershopping di mall atau melepak membuang masa atau segala atau lagi. Manakala gambar tersebut mungkin sesuai jika tajuk nya seperti ‘aku rajin’ atau ‘ini dia barangnya’ atau ‘apakah yang ingin aku lakukan?’ atau segala atau lagi. Maaf, aku mengarut membuang masa.

Sebenarnya inilah dia ketika dimana aku ada mood nak siapkan report waktu cuti. Sebelum mula menaip aku mula mengambil mood dengan menikmati aiskrim kacang merah. Sedap nya aku tak tipu. Lagi sedap dari magnum, cornetto, mat kool atau solero. Korang cubalah. Sungguh aku tak tipu.

Nampak tak kelazatan dia disitu? Dipenuhi kacang merah merun. Ouhmai nikmat. Kini aku menaip sambil terliur.
Okay, untuk report yang sudah aku siapkan aku nak ucapkan terima kasih banyak pada senior dan kawan kawan yang banyak membantu. Terutama untuk Sharlyn Ershad Bt Ridhwan, my bestfriend merangkap jiran sebelah rumah. Haha.. Most thank you sha!
Korang korang, doakan aku cemerlang ye untuk report ni. Hehe. Assalamualaikum.