Pages

Thursday, May 2

Bersama adik adik manis

Kenapa aku guna tajuk  “bersama adik adik manis” ? kerana aku merupakan si sulung kepada mereka. Di atas faktor kelahiran aku yang palingggggg awallll. Jadi termaktub bahawa akulah yang paling tua. I Ahkak uolls. Halah, nyesal ngaku paling tua ==’ tapi perangai aku lah paling ngada sekali. Semua barang nak hilang. Haha.

Jadi tak nak mengarut panjang. Aku nak cerita yang kami budak satu rumah keluar bersama sebelum semua habis periksa. Pergi makan bersama, berjalan bersama.

Haaa, duduk rumah kecik sampai 11 orang. Kau hado ? idoklah sempit mana, tp masih boleh bernapas lagi. Ye dok? Apa apa pun, korang memang teman rumah yang ohsem. Mana tak ohsem kalau semua bercakap nak bukak tingkap. Volume semua nak up. Hahahah!

Kenangan paling tak boleh lupa, bila mana masa bulan puasa kita masak dan makan bersama,hampir kerap kita makan kat rumah.Lepas ni, takda dah lah lagi kita pergi kelas sesama. Makan malam sesama. Borak borak dalam bilik sesama. Jadi itu semua dijadikan sebagai satu kenangan .

Hokay, dari awal tadi rasanya aku ada cakap tak nak mengarut panjang, tapi terlebih pulak. Biasalah bila tangan dah menaip, mula idea mencurah. Hihi. Okay okay. Balik pada asal. Nak cerita tentang kami keluar bersama. 


semua bersiap dan kami bergerak makan.


kereta pertama *curi dr instag shafa*

kereta kedua *kami memang cemni*

kereta ketigaa *kriikk krikk*

makannn
old blossom w jezmine comel :)
iklan gigi

whoaa



korang. keep our memories tightly :') miss you all girls! 
jaga diri. ingat aku yang kelam kelibut ni.
salam sayang, taniafatinmusta :* heee

Wednesday, May 1

End my diplomaaaaaaa

Hai semuaaa. Assalamualaikumm !
Pejam celik pejam celik. Habis dah sem 6. Cepat betei masa berlalu. Sibuk teramat. Sampai blog ni nak jengok pun tak sempat. Apatah lagi nak menaip. Jauh sekali. Untuk tahun ni 4 bulan bersamaan dengan 120 hari Cuma ada 4 je entry. Mak aih, ciput nyaa lah cerita kita. Hihi

Nak buat cano, kewajiban belajar lebih penting, #eh. Macamlah aku ni rajin sangat!

Okay lah, Cuma nak singgah kejap je. Cuma nak bagitahu yang aku dah habis diplomaaa. Cuma nak cakap yang aku dah boleh duduk rumah goyang kaki. Cuma nak nak bagitahu yang aku dah punya rutin harian sebagai surirumah, almaklumlah mama aku siap dah sound awal yang cuti ni aku kena masak. Kihkih. Cuma nak bagitahu yang aku free dari kuiz,test,assgmnt. Cuma itu saja. Hahahah!

Apa apa pun, cuti ni aku ingat nak cari kerja. Boleh kumpul duit nak kawin walopun belum ada calonnn.
Itu saja. Boi kome mengekomaa ! jaga diri.

Monday, April 15

Malam Pra Graduan

apo khabo semuooo ? baik baik sajakah kalian ?

moga sihat sentiasa tidak terkira. Alhamdulillah.
kek sini den cumo nak kongsi sikit tontang hari MPG den yang diraikan oleh semuo ahli ahli semerter enam budak letrik. haaa *maghah oghang nogori aku main hentam bahasa derang. maaf. Adat setiap akhir sem, mesti ada punya acara seperti ini. kami dirai sebelum menghabiskan perjuangann. jadi dipendekkan cerita. MPG bertempat di restoran Zamzam. bertemakan 'Arabian Night'


with shafa
datang awal sebab kena jaga meja pendaftaran dan bagi goodies
muka ikhlas jaga meja pendaftaran
muka gigih bagi goodies . hihi


lapooooo. sampai turn aku. ayam dah habis. sob sob.
them :)
hot guys 
        

US !
AGAIN, US! :')
kami mahu pulang ! yeayy!


sekian sahaja perkongsian cerita. pada rakan sekelas. I'll miss you guys. semoga korang berjaya hendaknya. simpan semua kenangan kita semasa menempuh diploma selama 3 tahun.
nak kahwin bagitahu, In Syaa Allah aku datang. jaga diri semua.

salam sayang, 
tania fatin mustafa :)

Monday, April 1

sedikit tips..

memandang kan aku dah pun selesai segala urusan berkenaan subjek 'project' ni.
let me share some tips untuk adik adik yang akan menghadapi subjek besar ni.
ehem ehem, *renggangkan jari tarik napas dan bersedia untuk menaip :)

1. aku cadang korang toksah nak buat 1 group sampai 5 orang. paling max pun 4 je dah cukup. walopun beza ahli sorang antara 4 dgn 5 tapi kemungkinan akan membawa impak yang besar. dimana akan ada yang menjadi sleeping partner. Alhamdulillah lah kalau kumpulan korang rerajin. kalau pemaleh ? haaa, sendiri jawab.

2. lantik seorang ketua yang berwibawa. ini untuk kemajuan project korang. lantik setiausaha yang boleh decorate buku log korang. haha. paling penting lantik bendahari yang jujur untuk kira semua duit keluar masuk dalam urusan belian barang.

3. mohon sediakan duit awal. ini semua untuk prepareration kalau tiba tiba ada kecemasan. macam aku dulu awal awal sorang keluar 500. jadi nak beli barang ke apa ke senang.

4. Di awal penubuhan kumpulan. silalah berjanji dan membuat pengakuan yang korang akan beri kerjasama dan terima kelemahan serta boleh menjadi team yang ohsem!

5. catat dan buat jadual tentang semua perkara yang korang perlu buat. bertujuan untuk nampak apa yang korang kena laksanakan supaya tak lewat sampai due date. lepastu tampal kat dahi sensorang. biar semuaaa ingt tugas memasing.

6. bahagikan tugas dengan adil seadil adilnya. supaya tidak berlaku sesi merajuk terasa atau seangkatan dengannya. pada ketua anda seharusnya tahu kelemahan dan kelebihan anak buah. jadi berikan tugas yang wajar pada mereka.

7. untuk apa sekalipun cadangan yang nak dicadangkan sila bawa duduk semeja. biar semua orang tahu idea baru anda. dan mereka boleh bagi menganalisis cadangan itu. bukan memandai buat sendiri.

8. andai korang ada masalah, mohon bawa berbincang. kalau tak jalan jugak. beri sedikit sindiran. bukan sindiran yang melampau , hanya sindiran untuk mengingatkan tugas yang diberikan.

9. beri kerjasama dan bantu partner, walau pun tugas korang dah siap. tak salah untuk membantu kawan lain. malah lagi dapat pahala :) untuk kebaikan kumpulan korang jugak. cepat siap cepat rileks. hihi.

10. rajin berbincang bersama supervisor/lecturer tentang projek yang korang pilih. mana tahu supervisor korang ada banyak idea hebat. boleh dikembangkan sehingga menjadi transformer. Eh!

hamek kau besar gedebak punya aku kasik!
11. pada siapa yang suka jadi sleeping partner. anda seharusnya wajib rasa malu. andai hati kering sekalipun jangan melampau sangat. mohon tahu bahawa kumpulan anda stress dengan kewujudan anda. HAHAH *gelak syaitonn

12. buat projek ni jangan terlalu straight. beri sedikit tawa baru syok buat.

13.  jangan pernah mengungkit setiap pertolongan yang anda berikan. ikhlaskan lagi bagus :) kerana tak kan ada adegan adegan tarik muka.

14. Tiba di hari pembentangan. siapkan diri korang dengan perasaan yang sangat tenang. fikirkan kesulitan yang korang hadap selama menyiapkan projek dan bisik pada diri yang kau boleh untuk habiskan !

jadi itu sajalah dari AHKAK TANIA. hahha. moga sedikit tips ni boleh membantu adik adik yang nak buat projek tu ye :D
Assalamualaikum semua :)

Friday, March 29

Final Year Project

Assalamualaikum semua..
Memadangkan aku sekarang ni dah sem 6. Sem terakhir bagi pengajian untuk semua ipta. Makanya, sudah pasti kami dibebankan dengan subjek ‘project’. Hahaha.

Oleh itu, tidak terkecuali juga untuk aku. Kami diarahkan oleh supervisor untuk membentuk kumpulan  seramai 3 orang utuk 1 kumpulan.  Jadi setelah kami berenam “ mengundi “ berpisah lah kami dan termaktub lah menjadi 2 kumpulan.



Dipendek kan cerita. Untuk menyiapkan satu projek ni bukan lah perkara yang mudah, dan bukan lah perkara yang susah. Kerjasama dan kesabaran merupakan kunci utama dalam kumpulan.
Tipu lah kalau aku cakap kumpulan kami tidak pernah menghadapi masalah, selalu bercanggah pendapat dan  mengalami  stress melampau. Tapi kami cuba menyelesaikan dengan cool selagi boleh.

Untuk projek aku.
Kami memilih tajuk demi tajuk yang sesuai. Sudah banyak projek yang kami tukar disebabkan ketidakmampuan kami untuk meneruskan projek tersebut. Dah akhir sekali setelah sepakat dengan tajuk projek. Kami cuba buat sebaik yang mungkin.

Proses projek
Menyiapkan segala bahagian komponen elektrik dan elektronik , casing dan mekanikal. Sangat best! Paling aku tak boleh lupa, proses menyiapkan bahagian mekanikal. Masuk bengkel. Welding besi semua. Such a great moment w my group :’) terima kasihh untuk En Hishamuddin :)

Pengkhiran projek.
Berhempas pulas kami menyiapkan segala galanya, projek. Buku report. Sampai di tarikh pembentangan. Kami menghadapi 1 masalah besar di mana tiba tiba. Ye tiba tiba projek kami tidak berfungsi. Kau tahu macam mana debornya kami?? Argh. Take a deep breath. Kami ade lagi 3 kumpulan sebelum giliran kami mempersembahkan projek. Ambik pateri , cuba cari mana wayar yang tecabut. Alhamdulillah kami jumpa. Kami pateri. Dan akhhirnya berfungsi! YaAllah,entah kenapa aku rasa dugaan ini sangat banyak hikmahnya. Kami peluk menangis gembira.

Tiba di pembentangan. Terdapat beberapa kesulitan tapi berjalan dengan lancar. Alhamdulillah syukur selesai semuanyaa :’)

ini kumpulan aku
w our project :)
imah , me, ekin
dan ini mereka
shafa, tasha, adah.
selesai semua, kami mengisi perut.
aku, ekin dengan ima tunggu punya lama kat teso. nak having lunch. debor punya pasal kat projek sampai tak sempat nak breakfast. lama punya tunggu tiba tiba shafa,adah tasha datang siap bawak ..


meraikan hari lahir kami pada bulan 3. terima kasih korang :')
harus ini juga merupakan kenangan terindah !

Friday, March 8

Finaaalyyyy.

 Mencuri sedikit masa untuk menghupdate apa yang aku nak kongsi. Ceritera tentang makcik aku merangkap anak bongsu kepada 12 beradik.
Datang dah jodoh cik umi . Kami mendoakan yang terbaik untuk makcik dan bakal pakcik. Hikhik.

Sepanjang sesi pertunangan
    


indon style


selamat bertunang cik umi. <3