Pages

Thursday, May 2

Bersama adik adik manis

Kenapa aku guna tajuk  “bersama adik adik manis” ? kerana aku merupakan si sulung kepada mereka. Di atas faktor kelahiran aku yang palingggggg awallll. Jadi termaktub bahawa akulah yang paling tua. I Ahkak uolls. Halah, nyesal ngaku paling tua ==’ tapi perangai aku lah paling ngada sekali. Semua barang nak hilang. Haha.

Jadi tak nak mengarut panjang. Aku nak cerita yang kami budak satu rumah keluar bersama sebelum semua habis periksa. Pergi makan bersama, berjalan bersama.

Haaa, duduk rumah kecik sampai 11 orang. Kau hado ? idoklah sempit mana, tp masih boleh bernapas lagi. Ye dok? Apa apa pun, korang memang teman rumah yang ohsem. Mana tak ohsem kalau semua bercakap nak bukak tingkap. Volume semua nak up. Hahahah!

Kenangan paling tak boleh lupa, bila mana masa bulan puasa kita masak dan makan bersama,hampir kerap kita makan kat rumah.Lepas ni, takda dah lah lagi kita pergi kelas sesama. Makan malam sesama. Borak borak dalam bilik sesama. Jadi itu semua dijadikan sebagai satu kenangan .

Hokay, dari awal tadi rasanya aku ada cakap tak nak mengarut panjang, tapi terlebih pulak. Biasalah bila tangan dah menaip, mula idea mencurah. Hihi. Okay okay. Balik pada asal. Nak cerita tentang kami keluar bersama. 


semua bersiap dan kami bergerak makan.


kereta pertama *curi dr instag shafa*

kereta kedua *kami memang cemni*

kereta ketigaa *kriikk krikk*

makannn
old blossom w jezmine comel :)
iklan gigi

whoaa



korang. keep our memories tightly :') miss you all girls! 
jaga diri. ingat aku yang kelam kelibut ni.
salam sayang, taniafatinmusta :* heee

Wednesday, May 1

End my diplomaaaaaaa

Hai semuaaa. Assalamualaikumm !
Pejam celik pejam celik. Habis dah sem 6. Cepat betei masa berlalu. Sibuk teramat. Sampai blog ni nak jengok pun tak sempat. Apatah lagi nak menaip. Jauh sekali. Untuk tahun ni 4 bulan bersamaan dengan 120 hari Cuma ada 4 je entry. Mak aih, ciput nyaa lah cerita kita. Hihi

Nak buat cano, kewajiban belajar lebih penting, #eh. Macamlah aku ni rajin sangat!

Okay lah, Cuma nak singgah kejap je. Cuma nak bagitahu yang aku dah habis diplomaaa. Cuma nak cakap yang aku dah boleh duduk rumah goyang kaki. Cuma nak nak bagitahu yang aku dah punya rutin harian sebagai surirumah, almaklumlah mama aku siap dah sound awal yang cuti ni aku kena masak. Kihkih. Cuma nak bagitahu yang aku free dari kuiz,test,assgmnt. Cuma itu saja. Hahahah!

Apa apa pun, cuti ni aku ingat nak cari kerja. Boleh kumpul duit nak kawin walopun belum ada calonnn.
Itu saja. Boi kome mengekomaa ! jaga diri.