Pages

Saturday, October 13

Bola anak selangor


Ini bukan cerita tentang bola bola api mahupun bola dragon yang ada tujuh biji kesemuanya. Tetapi cerita tentang perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dan Kelantan. Dengan ini, saya Tania fatin Mustafa sebagai anak jati Selangor tanpa perlu dipersoalkan tetap menyokong penuh pasukan Selangor ini dengan seikhlas hati. Tiada paksaan, kompromi mahupun ugutan. Hoi, ni Tania bercakap dengan penuh gaya berlagak tak hengat. Hahahaha *gelakover*
Haritu aku dengan shafa tetiba bercadang nak tengok bola dekat stadium. Lepas kelas dengan berbaju kurung kami terus gerak ke stadium. I beli tiket dengan ayu uollss -.-


Tiket murah jadi aku sebagai seorang pelajar ni mampu lah . Hihi.  Bila lagi I nak tengok khairul fahmi che mat depan mata. Eh!

Jadi lepas je solat maghrib kami bersiap terus gerak ke stadium. Dia punya sesak ya ampun jangan tanya macam mana.



kami anak selangor. yeay! hikhik -.-

Masa awal awal masuk semangat lah sebab pengaruh sekeliling.
Know what, aku duduk di  sebelah makcik yang sangat obsess dengan bola. Masa Selangor gol dia boleh menjerit ‘goallll’ siap berdiri sambil tangan kanan tengah dukung anak. Dan aku macam , macam terkedu. Lagi satu bila Selangor dapat peluang nak goal tapi tak tergoal kakak tu punya mengomel aku rasa kalah lelaki. Sekali lagi aku terkedu -.-  dan apa yang aku mampu buat adalah buat buat tak tahu dan fokus pada bola. Haha.

Yeah, bila dekat stadium ni terlalu banyak ragam manusia yang aku jumpa. Dan maaf kalau aku kata banyak yang buruk dari yang baik . Entah kenapa. Tapi itulah dia tentang semua yang berlaku di depan mata. Tak kesah lah, apa apa pun aku harap kita semua menjadi penyokong yang bertamadun. Tetap sedar akal fikiran tanpa mencaci,membuat onar mahupun mementingkan diri sendiri :')

Sekian sahaja, ouh ya tentang keputusan rasanya semua maklum yang Selangor kalah. Heee. Tak kisah lah adat pertandingan kan. Masih pulang dengan senyuman Cuma senyuman tu tak terus sampai ke mimpi. Kihkih.

Assalamualaikum semua pembaca