Pages

Monday, April 15

Malam Pra Graduan

apo khabo semuooo ? baik baik sajakah kalian ?

moga sihat sentiasa tidak terkira. Alhamdulillah.
kek sini den cumo nak kongsi sikit tontang hari MPG den yang diraikan oleh semuo ahli ahli semerter enam budak letrik. haaa *maghah oghang nogori aku main hentam bahasa derang. maaf. Adat setiap akhir sem, mesti ada punya acara seperti ini. kami dirai sebelum menghabiskan perjuangann. jadi dipendekkan cerita. MPG bertempat di restoran Zamzam. bertemakan 'Arabian Night'


with shafa
datang awal sebab kena jaga meja pendaftaran dan bagi goodies
muka ikhlas jaga meja pendaftaran
muka gigih bagi goodies . hihi


lapooooo. sampai turn aku. ayam dah habis. sob sob.
them :)
hot guys 
        

US !
AGAIN, US! :')
kami mahu pulang ! yeayy!


sekian sahaja perkongsian cerita. pada rakan sekelas. I'll miss you guys. semoga korang berjaya hendaknya. simpan semua kenangan kita semasa menempuh diploma selama 3 tahun.
nak kahwin bagitahu, In Syaa Allah aku datang. jaga diri semua.

salam sayang, 
tania fatin mustafa :)

Monday, April 1

sedikit tips..

memandang kan aku dah pun selesai segala urusan berkenaan subjek 'project' ni.
let me share some tips untuk adik adik yang akan menghadapi subjek besar ni.
ehem ehem, *renggangkan jari tarik napas dan bersedia untuk menaip :)

1. aku cadang korang toksah nak buat 1 group sampai 5 orang. paling max pun 4 je dah cukup. walopun beza ahli sorang antara 4 dgn 5 tapi kemungkinan akan membawa impak yang besar. dimana akan ada yang menjadi sleeping partner. Alhamdulillah lah kalau kumpulan korang rerajin. kalau pemaleh ? haaa, sendiri jawab.

2. lantik seorang ketua yang berwibawa. ini untuk kemajuan project korang. lantik setiausaha yang boleh decorate buku log korang. haha. paling penting lantik bendahari yang jujur untuk kira semua duit keluar masuk dalam urusan belian barang.

3. mohon sediakan duit awal. ini semua untuk prepareration kalau tiba tiba ada kecemasan. macam aku dulu awal awal sorang keluar 500. jadi nak beli barang ke apa ke senang.

4. Di awal penubuhan kumpulan. silalah berjanji dan membuat pengakuan yang korang akan beri kerjasama dan terima kelemahan serta boleh menjadi team yang ohsem!

5. catat dan buat jadual tentang semua perkara yang korang perlu buat. bertujuan untuk nampak apa yang korang kena laksanakan supaya tak lewat sampai due date. lepastu tampal kat dahi sensorang. biar semuaaa ingt tugas memasing.

6. bahagikan tugas dengan adil seadil adilnya. supaya tidak berlaku sesi merajuk terasa atau seangkatan dengannya. pada ketua anda seharusnya tahu kelemahan dan kelebihan anak buah. jadi berikan tugas yang wajar pada mereka.

7. untuk apa sekalipun cadangan yang nak dicadangkan sila bawa duduk semeja. biar semua orang tahu idea baru anda. dan mereka boleh bagi menganalisis cadangan itu. bukan memandai buat sendiri.

8. andai korang ada masalah, mohon bawa berbincang. kalau tak jalan jugak. beri sedikit sindiran. bukan sindiran yang melampau , hanya sindiran untuk mengingatkan tugas yang diberikan.

9. beri kerjasama dan bantu partner, walau pun tugas korang dah siap. tak salah untuk membantu kawan lain. malah lagi dapat pahala :) untuk kebaikan kumpulan korang jugak. cepat siap cepat rileks. hihi.

10. rajin berbincang bersama supervisor/lecturer tentang projek yang korang pilih. mana tahu supervisor korang ada banyak idea hebat. boleh dikembangkan sehingga menjadi transformer. Eh!

hamek kau besar gedebak punya aku kasik!
11. pada siapa yang suka jadi sleeping partner. anda seharusnya wajib rasa malu. andai hati kering sekalipun jangan melampau sangat. mohon tahu bahawa kumpulan anda stress dengan kewujudan anda. HAHAH *gelak syaitonn

12. buat projek ni jangan terlalu straight. beri sedikit tawa baru syok buat.

13.  jangan pernah mengungkit setiap pertolongan yang anda berikan. ikhlaskan lagi bagus :) kerana tak kan ada adegan adegan tarik muka.

14. Tiba di hari pembentangan. siapkan diri korang dengan perasaan yang sangat tenang. fikirkan kesulitan yang korang hadap selama menyiapkan projek dan bisik pada diri yang kau boleh untuk habiskan !

jadi itu sajalah dari AHKAK TANIA. hahha. moga sedikit tips ni boleh membantu adik adik yang nak buat projek tu ye :D
Assalamualaikum semua :)