Pages

Friday, August 24

Dapat kad raya!

Yeay! Ingat dah tua tua ni tak dapat dah kat raya. kehkeh. tapi tak sangka masih ada yang sudi mengirim. Pada yang mintak alamat punya susah nak dapat tu. Aku nak ucapkan terima kasih banyak. Walaupun sekadar kad raya tapi boleh buat aku senyum sampai telinga. Haha


Kad raya ada gamba aku, siap ada tingkap tingkap lagi. Plus ade rekaan ketupat dan lemang kreatif dibuat dari kertas dan kayu. Sweet tak? ahha. 


Psstt,, Terima Kasih :)

Saturday, August 18

KAD RAYAA UNTUK HARI RAYAA

Someone want my address, katanya nak hanta kad raya. Tetiba teringat yang aku dah lama tak hanta kad raya untuk kawan kawan. Sangat lama jugak. Kata orang, zaman dah canggih, hujung jari je. Tap tap tangan kat butang phone dengan madah bicara pohon maaf dan selamat hari raya lepastu pilih hantar. Sangat mudah kan? Jimat pulak tu berbanding kad raya.

Bagi aku perasaan dapat ucapan raya dari kad dengan phone ni lain. Bila dapat kad raya macam terharu pun ada sebab fikir si penghantar sanggup belikan kad raya, sampul, rajin nak menulis ayat ayat raya dan bla la bla. Sini cuma nak kongsi kad raya yang aku pernah dapat. Tahun terakhir aku dapat pun mungkin 3 tahun lepas.

Ini dia koleksi kad raya dulu dulu :D


dah tengok luar meh tengok dalam pulak

ada yang kreatif, ada yang macam karangan. hewhew


Siap simpan lagi sampul sampul. The piece of:


Antara semua koleksi, ini yang paling aku suka :')




Kad ini dari kawan aku yang kenal sejak dari tadika lagi. sekarang kami dah pun berpisah, hampir 10 tahun. Bila aku balik dari sekolah , mama aku panggil siap hulur kad ni. bila tengok,bukak dan baca. macam macam aku rasa. gembira, terharu, suka semua ade. Yelah, kami nak jumpa pun setahun sekali je itu pun kalau ada rezeki. Izzati zainal abidin. Kami dah lama lost contact. Pernah satu hari aku mimpi dapat jumpa dia, lepas tu kami perlu berpisah semula. u all know what. Bila aku bangun je dari tidur, muka aku basah dengan air mata. Mungkin taknak berpisah lagi. Okay, aku dah lari tajuk. Sebak pun datang -.-

Tak kisah lah apa cara sekalipun cara kita nak ucap. Yang penting ikhlas bila mengucapkan J
Itu saja hari ini. Assalamualaikum J

Friday, August 17

BILA KAMI DAPAT BALIK RAYA.

Yeay!! Kelas terakhir tiba. Hati pun makin gembira.
kawan lelaki lelaki tak sempat nak ambil gambar.

muka eksaited nak balikk raya! Baju biru dipakai pabila mood malas ke kelas datang menjelma.
Selamat pulang dan beraya kawan kawan :D
                                                                                    
Jumpa semula seminggu selepas anda semua puas beraya. 
Hati hati. Assalamualaikum.

Thursday, August 16

AKAN MENJADI KENANGAN.


Bulan puasa dah nak habis, rasa macam sedih pun ada. Apa yang menjadi kenangan yang nak diceritakan ialah tentang tahun puasa terakhir aku sebagai pelajar diploma . berpuasa bersama teman sekelas dan teman serumah.

Sepanjang puasa ni , tak banyak dapat peluang makan di luar bersama kawan. Tapi , seronok bila berkesempatan berbuka bersama teman sekelas . paling terharu bila semua hadir tanpa sebarang excuse. 

ayam penyet, sek 9

Kaum adam banyak tak sampai, tu yang Nampak banyak je kaum hawa kan J

Selain tu, berpeluang berbuka puasa with one of my bestfriend. Terima kasih awak datang dari jauh ambik kita kat rumah sewa. Hee. Harap tahun depan ada peluang lagi , insyaAllah.
sr.

Akhir sekali, kawan serumah dan sekelas merangkap si gadis cantik. 
ikea

Semoga semua disimpan menjadi kenangan. insyaAllah J
ketukketukramadhan. Assalamualaikum.

Wednesday, August 8

ANAK ANAK TANIA


Singgah sekejap di sini cuma nak bagitahu yang aku dah pun menghasilkan anak yang ketiga. Weehuu~~ duduk bertenang ye kalian , anak yang dimaksudkan bukan lah anak yang dikandung tapi anak yang dihasilkan melalui medium alam maya. Di mana anak yang sulung memang dah termaktub namanya adalah facebook. Si angah pula yang korang tengah dok baca ni haa. Seterusnya yang bongsu adalah twitter. Jadi pada reader reader sekalian mehlah kita saling ikut mengikuti di twitter *tetiba

Ada 3 anak ni pun tak terjaga, takat jeling jeling je. Cuma kadang kadang tu ade jugak leka terlebih jaga sampai assgmnt pun macam tak Nampak depan mata. Dan ya, iye nya sangat parah jika kejadian seumpama itu berlaku.

Ni nak cerita sikit, twitter dok terhasil sebab ramai yang pengaruhhh. Bila mereka dok ayat ayat aku suruh buat twitter dengan ayat yang manis tanpa sekelumit pun rasa masin dan masam. Akhirnya aku pun dok terguda dan terhasil lah twitter aku ni dengan hati yang rela.

Sekian sahaja cerita mengarut Tania, maaf dipinta. Assalamualaikum J

Friday, August 3

MARI MEMASAKK DI BULAN PUASAAAA.


Bulan puasa ni blog aku suramm je *Kriikkk kriikkk. Tak sempat nak menaip. Bila ada masa, mood pulak tenggelam. Bukan apa, sibuk memanjang. Siang kelas. Malam siapkan assg, siapkan baju plus barang utk kelas esok. Adat sebagai student lah kan J

Bulan puasa perkara best yang dok kita fikir mestilah tentang juadah berbuka puasa selain dapat berterawih bersama J paling best opkosss bila dapat berbuka dengan keluarga. Tapi pada yang bergelar pelajar yang duduk rumah sewa waktu bulan puasa ni bila dah nak berbuka mesti kita ke bazaar, mencari kedai kedai  makan atau memasak bersama teman serumah.
Antara semua di atas , aku lebih prefer masak bersama teman serumah. Sebab apa? Sebab banyak sebab. Haha. Antaranya:

1 .      Opkoss lah aku dapat belajar masak. Err, maksud aku dapat asah lagi skill memasak :p
2 .      Dapat jimatkan duit ! ini paling suka :D seminggu je korang hanya keluar dalam 10-12 ringgit  Malaysia sahaja. Fakta, tak tipu.
3 .      Boleh share resepi atau petua. Time ni lah belajar macam mana nak kasi mak mertua sayang *tetiba
4 .      Buatkan korang bertambah rapat bila kita bekerjasama berusaha nak siapkan makanan.
5 .      Makanan yang dimasak di jamin bersih tanpa kompromi. InsyaAllah !
6 .      Bila dah masuk waktu berbuka, hati bedebo bila kawan nak cuba makanan kita. Pastu bila dipuji kemain kembang lobang hidung. Syokk.
7 .      Makan beramai ramai, dah macam satu keluarga J

Cukuplah tujuh. Ini hanya sekadar cadangan mahupun perkongsian sahaja atas dasar pengalaman. Yang penting puasa jangan tak puasa J

Salam ramadhan, Assalamualaikum.