Pages

Friday, August 3

MARI MEMASAKK DI BULAN PUASAAAA.


Bulan puasa ni blog aku suramm je *Kriikkk kriikkk. Tak sempat nak menaip. Bila ada masa, mood pulak tenggelam. Bukan apa, sibuk memanjang. Siang kelas. Malam siapkan assg, siapkan baju plus barang utk kelas esok. Adat sebagai student lah kan J

Bulan puasa perkara best yang dok kita fikir mestilah tentang juadah berbuka puasa selain dapat berterawih bersama J paling best opkosss bila dapat berbuka dengan keluarga. Tapi pada yang bergelar pelajar yang duduk rumah sewa waktu bulan puasa ni bila dah nak berbuka mesti kita ke bazaar, mencari kedai kedai  makan atau memasak bersama teman serumah.
Antara semua di atas , aku lebih prefer masak bersama teman serumah. Sebab apa? Sebab banyak sebab. Haha. Antaranya:

1 .      Opkoss lah aku dapat belajar masak. Err, maksud aku dapat asah lagi skill memasak :p
2 .      Dapat jimatkan duit ! ini paling suka :D seminggu je korang hanya keluar dalam 10-12 ringgit  Malaysia sahaja. Fakta, tak tipu.
3 .      Boleh share resepi atau petua. Time ni lah belajar macam mana nak kasi mak mertua sayang *tetiba
4 .      Buatkan korang bertambah rapat bila kita bekerjasama berusaha nak siapkan makanan.
5 .      Makanan yang dimasak di jamin bersih tanpa kompromi. InsyaAllah !
6 .      Bila dah masuk waktu berbuka, hati bedebo bila kawan nak cuba makanan kita. Pastu bila dipuji kemain kembang lobang hidung. Syokk.
7 .      Makan beramai ramai, dah macam satu keluarga J

Cukuplah tujuh. Ini hanya sekadar cadangan mahupun perkongsian sahaja atas dasar pengalaman. Yang penting puasa jangan tak puasa J

Salam ramadhan, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment