Pages

Sunday, March 25

Suatu Petang

Jam 5.00 petang sudah tiba, dengan semangat nya aku melangkah ke tempat 'punch card'. Teett! Selepas itu menaiki tangga dari basement ke ground. Mencari kerusi sementara menunggu teman untuk pulang bersama. Sambil menunggu aku melihat 3 kanak kanak comel bermain.

Salah seorang dari mereka ‘’1 2 3 4 dah ke belum?’’
Antara 2 kanak kanak menjawab ‘’ belum ! kejap !’’
‘’ok cepatlah sorok! 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 dah?’’
“dah ! hehe’’
‘’dah?’’
senyap. Yang sulung mula mencari adik adik nya.
“ haaa! Dah jumpa ! adik jadi, hehe’’

Leka melihat mereka bermain.

‘’tania !’’
“Eyh wanie , cube kau tengok diorang main . comel je kan’’

 Tiba tiba kami rasa nak panggil. geram dengan kecomelan mereka.

‘’ adik sini kejap!’’

Yang sulung datang sambil mendukung yang bongsu datang kearah kami.

‘’ kenapa akak?’’
‘’adik ye semua ni?’’ *sambil menunjuk kearah 2 lagi
‘’ha’ah ni semua adik saya’’
‘’umur abang berapa tahun ?’’
‘’abang? Saya kakak lah. Umur saya 8 tahun.’’ *tersengih sengih sambil memeluk si bongsu

Kami berpandangan sesame sendiri.
Nak kaver malu kami Tanya lagi.

‘’ouh, adik yang laki kat sana tu berapa tahun pulak ?’’
 ‘’yang mana 1?’’ *seperti pelik
‘’Yang tu ?’’ * sambil menunjuk kearah budak yang memakai baju ben10 berseluar pendek dan bermbut pendek.
‘’eyh, itu adik perempuan saya lah. Dia tadika lagi. Tu dekat tangan dia yg kena balut tu kene masuk air. Haa’’

Oh, kami tahan lagi.

‘’kenapa yg adik kecik ni pakai selipar perempuan?’’ *sambil mencubit pipi si bongsu
 ‘’sebab dia perempuan lah kak, hehe.’’
 ‘’yeke, hehe. Takpelah. Dah pegi sambung main ye’’

HAHAHA, kami berlalu sambil menahan malu.


kalau tak faham ape yang aku cuba sampaikan, buat tak tahu je lah ye

No comments:

Post a Comment