Pages

Saturday, March 17

Selamat Datang Umur Baru !

Tanggal 15 mac umur meningkat setahun secara rasminya. kini sudah genap dua dekad aku di dunia. Alhamdulillah :) 
sekarang dengan perasan berbelah bahagi ingin aku mengucapkan selamat tinggal pada dunia belasan tahun yang meninggalkan banyak pengalaman *ayat sangat formal kan.


okay, ni aku dengan bebesar hati gedabak nak cakap terima kasih pada yang ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR TANIA" atau "HAPPY BIRTHDAY FATIN". 

facebook : for 3++, terima kasih. hargai taipan anda walau hanya sekadar HB .

phone : i will keep your message tightly friends.
facetoface : terima kasih mama ayah. pagi pagi bangun , nak pergi kerja dah ucap :)


bila hari lahir korang dah nak dekat tipu lah kalau tak rase eksaited kan. rase macam hari tu dunia kita yang punya! kalau yg ade fb mesty terasa macam retis sbb dalam sehari je wall kita penuh siap kene tekan "older post" banyak kali padahal sebelum ni tak de kejadian seumpama itu. wah ! Lepastu pengguna mobile dapat pulak call free, jadi mahu tak melekat talipong tu kat telinga sampai taik telinga pun bolah cair akibat gelombang radio aktif *okay tu tipu. call sampai lebam bengkak telinga. sebab time tu lah kita dapat cakap dgn kwn kwn tanpa perlu risau kredit . kan kan ?


Untuk tahun ni tercipta lagi kenangan manis, terima kasih rakan sepraktikal :')


sangat terharu, kita semua baru kenal tp korang buat macam ni macam kita lama kenal.
sebelum korang jerit suprise memang korang mengada buat perangai!
ade yang buat bodoh dari pagi dlm kereta mcm tak ingat hari tu is my special day
ade yang marah marah padahal tak pernah nak marah
ade yang tak layan aku langsung
semua nak kasi aku sedih lah kononya kan! HEH.
Aku cool lah weyh :P
*padahal dah terasa tahap gaban -..-
Ape apepun terima kasihh ye korang!
hadiah yang korang korang bagi semua aku suka!
yes, I appriciate it :)

nampak tak fail yang ade kaler kaler kat belakang tu ? haaa, tu tania yg buat :P


muka cantik komander


mana mungkin untuk aku lupa kan, kawan.

DAN


 Tiba tiba aku teringat mereka


aku ingat lagi, kau orang tipu.
 kau orang cakap jom keluar ramai ramai sebab nak buat photoshot untuk assgmnt roy, 
selaku pelajar jurusan photographer. tapi ini yang kau orang rancang rupanya

Terharu


jam dari mereka , so touched

awww~


Ini juga mana mungkin untuk aku lupa, kawan.


orang tua kata di sangka panas sampai ke petang tapi hujan di tengah hari.
perumpaan ni sama lah macam ape yang aku nak cerita.
ingat boleh sambut dengan tenang 
tapi rupanyaaa..
pukul 8.40  tengah syok syok begamba tiba tiba aku dapat call dari roomate 
"tania, kau bila nak balik ? ni ade buat roll call tahu tak ''
Aku terkedu. 
 ''err, ok ok kejap lagi aku balik''
  
Dalam perjalan pulang, dapat call lagi.
''tania, mana kau. ketua blok dah tanye mana kau hilang"
Aku kecut perut.
"err, aku dah nak sampai depan pagar ni dalam kereta. kejap lagi aku masuk"

sampai depan pintu pagar, dapat call lagi.
"tania, lambat lagi ke ? warden ade ni siap panggil nama sorang sorang siapa yang tak ade dari tadi"
Aku tak nak balik asrama !
"......." *bunyi cengkerik

keputusan: tidur rumah sewa shafa. esok pagi baru balik. nasib baik tak ada kelas pagi

Ini lah padah keluar asrama secara haram
tanak buat lagi dah
padahal baru sekali buat -..-
terselit rasa tidak puas hati , selama ni tak pernah nak buat roll call tetiba time aku keluar haram ni pulak nak buat bende tu semua. hahah.
Nasib baik tak ade ape ape tindakan lepas aku balik. 
syukur.
*sebenarnya aku tak pasti sama ada perumpaan tu sesuai atau tak dengan cerita atas ni .

terima kasih buang masa anda di sini,
sangat hargai ,
ada masa jenguk lagi,
tak minta publisiti,
sekadar berkongsi.
 Assalamualaikum aku akhiri :)

No comments:

Post a Comment