Pages

Saturday, July 21

Meh lah titikberatkan tentang saf (;

Assalamualaikum semua. sekarang dah masuk puasa yang kedua. 
kejap lagi pejam celik dah habis puasa. semoga kita semua dapat menghabiskan dengan jayanya dan istiqamah, InsyaAllah :)
bila bulan puasa apa yang kita ingat mesti terawih kan. berpusu pusu kita nak pergi terawih beramai ramai. sebab terawih ni datang bila bulan ramadhan saja.


Bila pergi berjemaah terawih di masjid atau surau, aku teringat masa sekolah asrama dulu.
setiap kali solat berjemaah, Imam selalu menitikbertakan tentang saf.
sebelum solat bermula, imam akan meminta kami semua merapatkan saf, 
katanya : pastikan bahu bertemu bahu,lutut bertemu lutut. jangan kasi ruang untuk syaitan.
seronok bila tengok semua solat dalam keadaan rapat. yang tak berapa kenal pun boleh jadi kenal.
masa kita solat jika ade kekosongan disebelah(cnth: rakan sebelah batal solat dan bergegas ambil wudhuk semula), kami di ajar cara bagaimana nak bergerak dengan betul supaya saf tiada kosong. 
Tapi bila aku pergi berterawih, ramai yang berjemaah dalam keadaan jarak jarak, bersepah. seperti nak solat individu dalam berjemaah. paling sedih, bila ade kekosongan dalam 2 orang tapi tiada siapa yang nak isi, malah pihak sebelah yang patut sama sama bertemu (rapatkan saf) langsung tak bergerak. biarkan ruang tersebut kosong tanpa di isi. jangan lah macam tu :')




bila berjemaah, jom lah kita sama sama menjaga tentang saf :) 
nak share sikit :

Hadis Berkenaan Dengan Cara Merapatkan Saf

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ

Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)

Hadis Tentang Kepentingan Merapatkan Saf

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
  • Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :
“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
nampak kemas kan bila menjaga saf :)


Saja nak berkongsi, diri aku sendiri pun jarang berjemaah. banyak kekurangan. 
Lepas ni marilah kita sama sama mula merapatkan saf bila berjemaah,lagi lagi di bulan mulia ni :')

4 comments:

  1. salam =) memang Rasulullah sangat pentingkan soal saf (barisan) ni.
    dari segi sains, memang ada cas positif n negatif di antara bahu ke bahu n lutut ke lutut di mana apabila ada seorang sgt semangat dalam solatnya manakala sebelahnya longlai je, jadi iA cas positif yg dihasilkan tu boleh salur kpd yg negatif tu.
    apa yg penting dalam saf ni? talian persaudaraan antara Muslim dan insyAllah berkumpul krn satu tujuan. menuju yg Esa.

    Selamat Berpuasa Tania. Semoga terus istiqomah dalam melaksanakan ibadat. insyAllah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, terima kasih atas perkongsian arinaa :)
      banyak kelebihan tentang menjaga saf walau nampak macam remeh je.

      Selamat berpuasa juga arina, you juga. InsyaAllah :D

      Delete
  2. masa dok asrama dulu kalu solat mesti laga2 bahu,tak bole bg ruang langsung,eronok waktu tu..sekarang ni tak bole nak ke suarau lg sbb anak akak kecik lg takde sapa yg nak menjaga.
    selamat berpuasa tania

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, seronok kan akak :) takpe, nanti bia anak anak akak pulak yang belaga laga time solat, heheh.
      Selamat berpuasa juga akak :)

      Delete