Pages

Friday, March 29

Final Year Project

Assalamualaikum semua..
Memadangkan aku sekarang ni dah sem 6. Sem terakhir bagi pengajian untuk semua ipta. Makanya, sudah pasti kami dibebankan dengan subjek ‘project’. Hahaha.

Oleh itu, tidak terkecuali juga untuk aku. Kami diarahkan oleh supervisor untuk membentuk kumpulan  seramai 3 orang utuk 1 kumpulan.  Jadi setelah kami berenam “ mengundi “ berpisah lah kami dan termaktub lah menjadi 2 kumpulan.



Dipendek kan cerita. Untuk menyiapkan satu projek ni bukan lah perkara yang mudah, dan bukan lah perkara yang susah. Kerjasama dan kesabaran merupakan kunci utama dalam kumpulan.
Tipu lah kalau aku cakap kumpulan kami tidak pernah menghadapi masalah, selalu bercanggah pendapat dan  mengalami  stress melampau. Tapi kami cuba menyelesaikan dengan cool selagi boleh.

Untuk projek aku.
Kami memilih tajuk demi tajuk yang sesuai. Sudah banyak projek yang kami tukar disebabkan ketidakmampuan kami untuk meneruskan projek tersebut. Dah akhir sekali setelah sepakat dengan tajuk projek. Kami cuba buat sebaik yang mungkin.

Proses projek
Menyiapkan segala bahagian komponen elektrik dan elektronik , casing dan mekanikal. Sangat best! Paling aku tak boleh lupa, proses menyiapkan bahagian mekanikal. Masuk bengkel. Welding besi semua. Such a great moment w my group :’) terima kasihh untuk En Hishamuddin :)

Pengkhiran projek.
Berhempas pulas kami menyiapkan segala galanya, projek. Buku report. Sampai di tarikh pembentangan. Kami menghadapi 1 masalah besar di mana tiba tiba. Ye tiba tiba projek kami tidak berfungsi. Kau tahu macam mana debornya kami?? Argh. Take a deep breath. Kami ade lagi 3 kumpulan sebelum giliran kami mempersembahkan projek. Ambik pateri , cuba cari mana wayar yang tecabut. Alhamdulillah kami jumpa. Kami pateri. Dan akhhirnya berfungsi! YaAllah,entah kenapa aku rasa dugaan ini sangat banyak hikmahnya. Kami peluk menangis gembira.

Tiba di pembentangan. Terdapat beberapa kesulitan tapi berjalan dengan lancar. Alhamdulillah syukur selesai semuanyaa :’)

ini kumpulan aku
w our project :)
imah , me, ekin
dan ini mereka
shafa, tasha, adah.
selesai semua, kami mengisi perut.
aku, ekin dengan ima tunggu punya lama kat teso. nak having lunch. debor punya pasal kat projek sampai tak sempat nak breakfast. lama punya tunggu tiba tiba shafa,adah tasha datang siap bawak ..


meraikan hari lahir kami pada bulan 3. terima kasih korang :')
harus ini juga merupakan kenangan terindah !

Friday, March 8

Finaaalyyyy.

 Mencuri sedikit masa untuk menghupdate apa yang aku nak kongsi. Ceritera tentang makcik aku merangkap anak bongsu kepada 12 beradik.
Datang dah jodoh cik umi . Kami mendoakan yang terbaik untuk makcik dan bakal pakcik. Hikhik.

Sepanjang sesi pertunangan
    


indon style


selamat bertunang cik umi. <3


Monday, November 12

Berjumpa lagi !

Yeay! Cuma nak kongsi rasa gembira. Hehe. Dimana kami berjumpa buat kali kedua pada tahun ini. Teman seteknik dahulu. Sahabat dahulu dan sekarang :)
tapi masih di situasi yang sama kami berjumpa, di kenduri kahwin.
Wah, asyik pergi kenduri je tapi kawin tak jugak. Kihkih.

bersama pengantin. such a sporting wedding :)
Si pengantin sungguh sporting dan menawan di atas pelamin malah tanpa pelamin juga. Ewahh.


Omey omey lah kami :p *jangan nafikan bila itu sudah kenyataan. Mihmih*

Makan dan berborak berkongsi cerita yang tak pernah sudah. Kenangan lama diimbas semula untuk dijadikan cerita dan tawa. Sungguh indah :’)

Selesai berkenduri kami tidak terus pulang malah masih mahu bersama. Ke tasik shah alam kami singgah. Tasik shah alam yang serba tenang. Eyh tasik shah alam je pungg -.-


wanie bajet bajet ayu tangkap gambar ;p manakala kami khusyuk bercerita

berjalan jalan riang tak sudah :')
teringat dulu selalu pergi kelas, kelas tambahan petang,prep dan kelas malam sesama.

Kami batak kipas. kau hado ?





duduk rehat menyambung cerita sebelum pulang.

Yeah, apa pun harap kita berjumpa lagi :) tak sabar tunggu korang kahwin, hihi.
salam semua. 

Saturday, November 10

Dan Bila Bukan Aku Yang Punya


Mengharap ..
Semoga suatu hari kita bersama,
Semoga kita menjalani bahtera rumah tangga,
Semoga kita susah senang dengan redha Nya,
Semoga kita kekal selamanya..

Tetapi, Apakan daya..
Bila aku cuba gembira bila bersama kau sentiasa,
Bila aku tidak sempat menjadi pilihan nya
Bila aku yang hanya menjadi teman rapat di dunia
Bila aku yang hanya berkongsi kasih dan bukan cinta

Akhirnya,
Bukan jodoh kita untuk bersama,
Ada yang lebih baik untuk engkau di sana,
Dan mungkin yang lebih baik untuk aku si sini juga,
Aku yang yakin Dia menetapkan yang terbaik untuk kita,

Aku mohon,
Pilih lah aku sebagai bidadari mu di sana,
Aku berdoa agar kita bertemu di syurga Nya
Juga berdoa kau ada untuk ku sebagai bidadara,
Semoga engkau damai di sana..


Saturday, October 13

Bola anak selangor


Ini bukan cerita tentang bola bola api mahupun bola dragon yang ada tujuh biji kesemuanya. Tetapi cerita tentang perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dan Kelantan. Dengan ini, saya Tania fatin Mustafa sebagai anak jati Selangor tanpa perlu dipersoalkan tetap menyokong penuh pasukan Selangor ini dengan seikhlas hati. Tiada paksaan, kompromi mahupun ugutan. Hoi, ni Tania bercakap dengan penuh gaya berlagak tak hengat. Hahahaha *gelakover*
Haritu aku dengan shafa tetiba bercadang nak tengok bola dekat stadium. Lepas kelas dengan berbaju kurung kami terus gerak ke stadium. I beli tiket dengan ayu uollss -.-


Tiket murah jadi aku sebagai seorang pelajar ni mampu lah . Hihi.  Bila lagi I nak tengok khairul fahmi che mat depan mata. Eh!

Jadi lepas je solat maghrib kami bersiap terus gerak ke stadium. Dia punya sesak ya ampun jangan tanya macam mana.



kami anak selangor. yeay! hikhik -.-

Masa awal awal masuk semangat lah sebab pengaruh sekeliling.
Know what, aku duduk di  sebelah makcik yang sangat obsess dengan bola. Masa Selangor gol dia boleh menjerit ‘goallll’ siap berdiri sambil tangan kanan tengah dukung anak. Dan aku macam , macam terkedu. Lagi satu bila Selangor dapat peluang nak goal tapi tak tergoal kakak tu punya mengomel aku rasa kalah lelaki. Sekali lagi aku terkedu -.-  dan apa yang aku mampu buat adalah buat buat tak tahu dan fokus pada bola. Haha.

Yeah, bila dekat stadium ni terlalu banyak ragam manusia yang aku jumpa. Dan maaf kalau aku kata banyak yang buruk dari yang baik . Entah kenapa. Tapi itulah dia tentang semua yang berlaku di depan mata. Tak kesah lah, apa apa pun aku harap kita semua menjadi penyokong yang bertamadun. Tetap sedar akal fikiran tanpa mencaci,membuat onar mahupun mementingkan diri sendiri :')

Sekian sahaja, ouh ya tentang keputusan rasanya semua maklum yang Selangor kalah. Heee. Tak kisah lah adat pertandingan kan. Masih pulang dengan senyuman Cuma senyuman tu tak terus sampai ke mimpi. Kihkih.

Assalamualaikum semua pembaca

Saturday, September 29

my rughbyy :D

Tanggal 29 september 2012. hari sabtu. pukul 11.30pagi sampai lah 6petang. kami bertemu. *nada skema. Krikk krikkk.

okay mari kita baca dengan nada yang semangat. sila tegak kan badan anda. bersedia nak membaca? oraite, on you mark, get set. GOOOO!! kami bercadang berjumpa bersama dengan menghadiri majlis perkahwinan kakak sarah. wah, ni dah lama sangat tak jumpa. berkobar kobar bila dapat berkumpul walau sekejap.

kami memulakan perjalanan pada pukul 11.30.bak kata wani kita kena gerak awal, risau sesat. hek eleh, dia tak tahu ke yang aku ni anak jati shah alam. muahahaha. lepas selesai pick semua , terus  ke shah alam. Eksaited ni bila dah masuk shah alam nak tunjuk kepakaran. entah macam mana aku tersalah bagi simpang -.-. berpusing lah kiteorang kejap. bergaduh lah aku dengan wani. betullah kata kau, gerak awal elak sesat :p Alhamdulillah sampai juga kami.

yee, kami lapar. sampai teghus makan.

wahh, makanan dia super superbb. kenyangsangatsangat. boleh bayang banyak mana aku makan? 

haa, bila dah pergi wedding orang. rasa macam nak cepat kawin lah pulak. *mama, tolong carik kan calon untuk kakak peliss..(kunyah cekedis sambil tarik tarik baju mama) best kan kawin. dapat jalan atas karpet merah, tetamu semua tumpu pada kita, ramai orang tangkap gambar kita, dibaling bunga rampai, salam salam, potong kek, blaa blaa dan blaa blaa. nampak di situ ke 'eksaiteden' aku nak kawin?

nampak tak baju pengantin dengan baju aku sama warna? 
haaa, tak lama lah tu kan :p

baju kakak ni memang cantik, warna baju dia pun menarik. memang ohsem lah senang cerita. 
selamat pengantin baru ye kakak kepada sarah :)


lepas siap makan, berborak lah kami. 
bercerita itu dan ini.
 tangkap gambar juga mesti
okay, aku dah takde idea nak taip ape lagi.
otak tepu tengah hari ni .
jamu gambar je lah :D

pintu gerbang. 

comel kan merekaaa

super girl . hooyehh

:)



siap siap nak balik dah. 

lepas balik kami terus ke spaceU8. 
tengok wayang
wuuu, mula mula bosan sikit . tapi at last best. lagi lagi bila time menyanyi. 
rasa macam nak turut sama berjoget joget. 

sampai di sini sahaja pengembaraan kami. 
kepada helyna isnanto. kami juga rindu anda :) paham awak tak dapat join atas sebab stdy.
GOOD LUCK pada kawan kawan yang ambik exam bulan ni :)
Assalamualaikum.

Wednesday, September 12

Lepas Gerammm.


Cerita pendek. Meluah kan rasa geram pabila dah dua kali pergi swimming pool tapi tutup =.=



 kbai

Saturday, September 1

Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum kawan kawan :) macam mana raya anda? adakah ianya sangat menarik ? harapnya begitulah. Di hari raya ni tak boleh nak masam masam. kan hari yang mulia jadi kita perlu menyambutnya 
dengan hati yang gembira. hehe.

Seperti biasa aku dan keluarga akan pulang kedua dua kampung. Untuk tahun ni aku pulang ke kampung mama dahulu dan selepas itu baru lah kampung sebelah ayah. aktiviti biasa yang dilakukan setiap tahun oleh aku mahupun kalian semua mesti serupa kan. 

pagi pagi mandi sunat raya, pakai baju cantik cantik, berwangi, bersiap solat raya, selesai tu melawat kubur, bersalaman salaman dan seterusnya menikmati juadah raya. sangat best bila melakukan semua itu. tetapi ia hanya berlaku sekali je dalam setahun :’)
tak tahu nak cerita apa. hee. mehlah tengok gambar je, kerana setiap gambar ada cerita. haha


Tengok para para ayah bila salam dengan atuk, ayah aku siap sempat gelak lagi. hehe.

Dengan sepupu. tak ramai lagi yang sampai time pepagi ni.

Eksaited dapat duit raya dari makcik. hehe. btw, I love this picture.

Abaikan keserabaian muka aku dan perhatikan kecomelan anak buah aku. haha. susah bona haa budak comel ni nak senyum, kuat makan. anas farhan, adik ni ada kembar perempuan :)




beraya di kampong perak pula. bersama sepupu rapat, wanie.

 
mereka si cantik kan?

mereka sangat sporting and I like 


Eeh sampai sini sahaja cerita raya. sekian sahaja entri hari raya yang ringkas dari Tania Fatin Musatafa
Assalamualaikum J

Friday, August 24

Dapat kad raya!

Yeay! Ingat dah tua tua ni tak dapat dah kat raya. kehkeh. tapi tak sangka masih ada yang sudi mengirim. Pada yang mintak alamat punya susah nak dapat tu. Aku nak ucapkan terima kasih banyak. Walaupun sekadar kad raya tapi boleh buat aku senyum sampai telinga. Haha


Kad raya ada gamba aku, siap ada tingkap tingkap lagi. Plus ade rekaan ketupat dan lemang kreatif dibuat dari kertas dan kayu. Sweet tak? ahha. 


Psstt,, Terima Kasih :)

Saturday, August 18

KAD RAYAA UNTUK HARI RAYAA

Someone want my address, katanya nak hanta kad raya. Tetiba teringat yang aku dah lama tak hanta kad raya untuk kawan kawan. Sangat lama jugak. Kata orang, zaman dah canggih, hujung jari je. Tap tap tangan kat butang phone dengan madah bicara pohon maaf dan selamat hari raya lepastu pilih hantar. Sangat mudah kan? Jimat pulak tu berbanding kad raya.

Bagi aku perasaan dapat ucapan raya dari kad dengan phone ni lain. Bila dapat kad raya macam terharu pun ada sebab fikir si penghantar sanggup belikan kad raya, sampul, rajin nak menulis ayat ayat raya dan bla la bla. Sini cuma nak kongsi kad raya yang aku pernah dapat. Tahun terakhir aku dapat pun mungkin 3 tahun lepas.

Ini dia koleksi kad raya dulu dulu :D


dah tengok luar meh tengok dalam pulak

ada yang kreatif, ada yang macam karangan. hewhew


Siap simpan lagi sampul sampul. The piece of:


Antara semua koleksi, ini yang paling aku suka :')




Kad ini dari kawan aku yang kenal sejak dari tadika lagi. sekarang kami dah pun berpisah, hampir 10 tahun. Bila aku balik dari sekolah , mama aku panggil siap hulur kad ni. bila tengok,bukak dan baca. macam macam aku rasa. gembira, terharu, suka semua ade. Yelah, kami nak jumpa pun setahun sekali je itu pun kalau ada rezeki. Izzati zainal abidin. Kami dah lama lost contact. Pernah satu hari aku mimpi dapat jumpa dia, lepas tu kami perlu berpisah semula. u all know what. Bila aku bangun je dari tidur, muka aku basah dengan air mata. Mungkin taknak berpisah lagi. Okay, aku dah lari tajuk. Sebak pun datang -.-

Tak kisah lah apa cara sekalipun cara kita nak ucap. Yang penting ikhlas bila mengucapkan J
Itu saja hari ini. Assalamualaikum J