Pages

Monday, December 5

Sabtu & Ahad

SABTU. Riuhnya kami sekeluarga besar belah mama menjayakan majlis cukur jambul plus kenduri khatan. Meriah nya tak perlu kata lah. Keluarga aku awal pagi dah bertolak ke rumah makcik. Semua makanan  kami warga wanita yang sediakan ,kami tak memerlukan khidmat segera . Disebabkan keluarga mama ade 11 orang. Jadi tak risaulah kalau wakil mak dan anak masuk dapur gerenti makanan siap. Tu belum masuk yang ade 2 atau 3 atau 4 ank perempuan. Haaa, memang riuhlah gamaknya. Nasib dapur tu besar :D  

Okay,hensem boy bawah ini (adik sepupu) dah pun Sembilan tahun, jadi memang patut sangat le pun sunat. See,dia pegang kain sambil senyum senyum >.<



Yeaa, inilah dia si cilik yang dicukur jambulnya. Baby kembar ! lelaki dan perempuan J
Farah Afrina & Arif Farhan

Marhaban yaaa marhaban dan bacaan yaasin dimulakan



Budak kecik zaman sekarang tiru pose budak besar zaman sekarang :D

Suka sangat bila keluarga belah mama 11 beradik berkumpul. Riuh sampai nak runtuh . mana tak nya kalau 22 pasangan suami isteri, 40 cucu dan 6 cicit ade dalam 1 rumah . okay, kalau korang nak tahu kembar tu adalah cicit keluarga kami. Tp bila mereka dah besar tetap nak mereka panggil aku ‘kakak’ bukan ‘makcik’ . demand kan ?
Riak muka atuk nenek senyum sampai telinga bila melihat kami sekeluarga  J



AHAD.  Bersiap untuk ke kenduri kahwin sepupu belah ayah di shah alam pula. 11 pagi dah bertolak. Keluarga ayah semua ada. Paling penting atuk dan opah yang datang dr perak! Selesai kenduri kami bergerak ke ikea dan the curve. Mencari idea untuk rumah baru. Ouh, bukan rumah aku tapi rumah makcik aku.
Pukul 9 malam baru kami bergerak pulang.
*bertuah rasenya mempunyai keluarga besar yang sangat rapat di kedua belah mama dan ayah, Alhamdulillah
 
ISNIN , SELASA , RABU , KHAMIS DAN JUMAAT dan hari hari seterusnyaaa
Menghabiskan sisa sisa cuti sem sebelum mula nya praktikal pada 19.12.

Apabila biskut bertemu air kopi. Akan menjadi hidangan lazat yg tak terperi. Makan dulu. Assalamualaikum. 



No comments:

Post a Comment