Pages

Sunday, April 15

AKU PELAJAR PRAKTIKAL

Seorang pelajar yang bekerja sementara di sebuah hospital swasta pastinya membawa banyak pengalaman.

Bukan ditugaskan untuk menjaga orang yang sakit, tetapi menjaga alatan dan mesin besar mahupun kecil yang digunakan oleh pesakit.

Tak susah, dan tak juga senang.

Berhadapan dengan mesin yg tidak dapat berkata lebih mudah jika dibandingkan dengan karenah manusia yang banyak bicara.

Tak semua orang boleh terima keputusan kita, tapi kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.
Kadang kala kita perlu untuk menjadi dungu demi mendapatkan sesuatu perkara. Perkara baru dan ilmu berguna.

Mencuri peluang untuk mencuba setiap apa yg dilihat.
Bekerjasama dengan setiap kerja yang diberi.
Mendegar patuh setiap arahan yang ditugaskan.

Buat kerja dengan hati yang senang, gelak tawa amat menyeronokan walau melambatkan dari bekerja dengan hati yang suram tapi tidak memuaskan.

Menghormati pekerja atasan dan pedulikan setiap pandangan sinis yang diberikan.

Akhir kata, cuba ikhlas kan diri di setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk kebaikan diri di masa hadapan.
Tu dia~~ muka tania bila datang nya mood happy waktu kerja :D




weee, hari jumaat je aku pakai baju kurung.
cube teka hari ape 2 gamba ni ditangkap? 
:D

Wasalam.

Sunday, March 25

Suatu Petang

Jam 5.00 petang sudah tiba, dengan semangat nya aku melangkah ke tempat 'punch card'. Teett! Selepas itu menaiki tangga dari basement ke ground. Mencari kerusi sementara menunggu teman untuk pulang bersama. Sambil menunggu aku melihat 3 kanak kanak comel bermain.

Salah seorang dari mereka ‘’1 2 3 4 dah ke belum?’’
Antara 2 kanak kanak menjawab ‘’ belum ! kejap !’’
‘’ok cepatlah sorok! 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 dah?’’
“dah ! hehe’’
‘’dah?’’
senyap. Yang sulung mula mencari adik adik nya.
“ haaa! Dah jumpa ! adik jadi, hehe’’

Leka melihat mereka bermain.

‘’tania !’’
“Eyh wanie , cube kau tengok diorang main . comel je kan’’

 Tiba tiba kami rasa nak panggil. geram dengan kecomelan mereka.

‘’ adik sini kejap!’’

Yang sulung datang sambil mendukung yang bongsu datang kearah kami.

‘’ kenapa akak?’’
‘’adik ye semua ni?’’ *sambil menunjuk kearah 2 lagi
‘’ha’ah ni semua adik saya’’
‘’umur abang berapa tahun ?’’
‘’abang? Saya kakak lah. Umur saya 8 tahun.’’ *tersengih sengih sambil memeluk si bongsu

Kami berpandangan sesame sendiri.
Nak kaver malu kami Tanya lagi.

‘’ouh, adik yang laki kat sana tu berapa tahun pulak ?’’
 ‘’yang mana 1?’’ *seperti pelik
‘’Yang tu ?’’ * sambil menunjuk kearah budak yang memakai baju ben10 berseluar pendek dan bermbut pendek.
‘’eyh, itu adik perempuan saya lah. Dia tadika lagi. Tu dekat tangan dia yg kena balut tu kene masuk air. Haa’’

Oh, kami tahan lagi.

‘’kenapa yg adik kecik ni pakai selipar perempuan?’’ *sambil mencubit pipi si bongsu
 ‘’sebab dia perempuan lah kak, hehe.’’
 ‘’yeke, hehe. Takpelah. Dah pegi sambung main ye’’

HAHAHA, kami berlalu sambil menahan malu.


kalau tak faham ape yang aku cuba sampaikan, buat tak tahu je lah ye

Saturday, March 17

Selamat Datang Umur Baru !

Tanggal 15 mac umur meningkat setahun secara rasminya. kini sudah genap dua dekad aku di dunia. Alhamdulillah :) 
sekarang dengan perasan berbelah bahagi ingin aku mengucapkan selamat tinggal pada dunia belasan tahun yang meninggalkan banyak pengalaman *ayat sangat formal kan.


okay, ni aku dengan bebesar hati gedabak nak cakap terima kasih pada yang ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR TANIA" atau "HAPPY BIRTHDAY FATIN". 

facebook : for 3++, terima kasih. hargai taipan anda walau hanya sekadar HB .

phone : i will keep your message tightly friends.
facetoface : terima kasih mama ayah. pagi pagi bangun , nak pergi kerja dah ucap :)


bila hari lahir korang dah nak dekat tipu lah kalau tak rase eksaited kan. rase macam hari tu dunia kita yang punya! kalau yg ade fb mesty terasa macam retis sbb dalam sehari je wall kita penuh siap kene tekan "older post" banyak kali padahal sebelum ni tak de kejadian seumpama itu. wah ! Lepastu pengguna mobile dapat pulak call free, jadi mahu tak melekat talipong tu kat telinga sampai taik telinga pun bolah cair akibat gelombang radio aktif *okay tu tipu. call sampai lebam bengkak telinga. sebab time tu lah kita dapat cakap dgn kwn kwn tanpa perlu risau kredit . kan kan ?


Untuk tahun ni tercipta lagi kenangan manis, terima kasih rakan sepraktikal :')


sangat terharu, kita semua baru kenal tp korang buat macam ni macam kita lama kenal.
sebelum korang jerit suprise memang korang mengada buat perangai!
ade yang buat bodoh dari pagi dlm kereta mcm tak ingat hari tu is my special day
ade yang marah marah padahal tak pernah nak marah
ade yang tak layan aku langsung
semua nak kasi aku sedih lah kononya kan! HEH.
Aku cool lah weyh :P
*padahal dah terasa tahap gaban -..-
Ape apepun terima kasihh ye korang!
hadiah yang korang korang bagi semua aku suka!
yes, I appriciate it :)

nampak tak fail yang ade kaler kaler kat belakang tu ? haaa, tu tania yg buat :P


muka cantik komander


mana mungkin untuk aku lupa kan, kawan.

DAN


 Tiba tiba aku teringat mereka


aku ingat lagi, kau orang tipu.
 kau orang cakap jom keluar ramai ramai sebab nak buat photoshot untuk assgmnt roy, 
selaku pelajar jurusan photographer. tapi ini yang kau orang rancang rupanya

Terharu


jam dari mereka , so touched

awww~


Ini juga mana mungkin untuk aku lupa, kawan.


orang tua kata di sangka panas sampai ke petang tapi hujan di tengah hari.
perumpaan ni sama lah macam ape yang aku nak cerita.
ingat boleh sambut dengan tenang 
tapi rupanyaaa..
pukul 8.40  tengah syok syok begamba tiba tiba aku dapat call dari roomate 
"tania, kau bila nak balik ? ni ade buat roll call tahu tak ''
Aku terkedu. 
 ''err, ok ok kejap lagi aku balik''
  
Dalam perjalan pulang, dapat call lagi.
''tania, mana kau. ketua blok dah tanye mana kau hilang"
Aku kecut perut.
"err, aku dah nak sampai depan pagar ni dalam kereta. kejap lagi aku masuk"

sampai depan pintu pagar, dapat call lagi.
"tania, lambat lagi ke ? warden ade ni siap panggil nama sorang sorang siapa yang tak ade dari tadi"
Aku tak nak balik asrama !
"......." *bunyi cengkerik

keputusan: tidur rumah sewa shafa. esok pagi baru balik. nasib baik tak ada kelas pagi

Ini lah padah keluar asrama secara haram
tanak buat lagi dah
padahal baru sekali buat -..-
terselit rasa tidak puas hati , selama ni tak pernah nak buat roll call tetiba time aku keluar haram ni pulak nak buat bende tu semua. hahah.
Nasib baik tak ade ape ape tindakan lepas aku balik. 
syukur.
*sebenarnya aku tak pasti sama ada perumpaan tu sesuai atau tak dengan cerita atas ni .

terima kasih buang masa anda di sini,
sangat hargai ,
ada masa jenguk lagi,
tak minta publisiti,
sekadar berkongsi.
 Assalamualaikum aku akhiri :)

Tuesday, March 13

SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Ini hanya entry ringkas.
*mereka sangat cantik di pelamin nikah

manakala kami lawa di malam nikah :P

baju aku basah sebab terlap tangan yg basah di baju -___-'

gelagat adik adik sepupu nakal saya.


Selamat pengantin baru buat kak ya dan abe atta !
semestinya kami mengharapakan kamu berdua kekal bahagia selamnyaaa~
 Ouh ya,bila pula turn saya ^^

Wednesday, March 7

Dedinner !

Waaaa. Dah bersawang blog aku ni haa. Semenjak dah bekerjaya ni nak jenguk blog pun tak sempat dah. Sadis betul kan ! meh sini kasi vacuum nak sedut  habuk sana sini.noob. Okay, singgahnye aku di sini dimana cume nak cerita pasal dinner tempat prktikal aku ni haa yang berlangsung tanggal 6mac2012.
 Baik woo staff staff sana kasi budak praktikal join korangg *bodek. Haha. 


Majlis mula pukul 8.30 malam. masing masing dengan seragam dan gaya tersendiri. Ada yang lawa. Ada yang unik. Ade yang macho. Semua ada.
Nurul syuhada nurul ain yang mengacara majlis malam tu sangat cantik *wink wink. Then, siap ada osbon lagi untuk kasi kami gelak gelak sampai terkeluar anak tekak.  
Terima kasih ye staff staff atasan bagi kami peluang join. Jadi kami remaja remaja mentah ni kemain eksaited bila dapat ikot. 


Inilah dia makan malam bertemakan 50 an

ye, aku lari tema

  
            
               

                                                                                                                          
MENU OH MENU !



 jemput jemput tengok ye semuaaa 
*ni baru sikit je tau. haaa, ni pun dah tahap semput perut dah

 THE END.

 jumpa lagi . terima kasih sudi jenguk .
Assalamualaikum :)

Friday, January 13

Kawan & Sahabat

Mukadimah mah mah mah : Kawan dan sahabat mempunyai maksud yang berbeza. 
Which is kawan is kawan and sahabat is sahabat. 
The difference between them is the word and spelling. Am I right ? :D 
 k abaikan!


Semua orang ada kawan , tapi tak semua orang ada sahabat. Kawan kita senang nak dapat. Kita tego dia 3 minit pun dah boleh jadi kawan. Tapi sahabat kita dah kenal dia sepuloh tahun pun belum tentu boleh dipanggil sahabat . Aku rasa korang dapat apa yang aku maksudkan.

kalau tak paham jugak, sila baca entry atas ni sampai khatam-berbanyak-banyak-kali.

Bertuah lah anda jika mempunyai sahabat. Kita tidak perlu beratus ratus sahabat. Cukup 1 yang boleh sentiasa menemani anda. Tak susah kita nak dapat kawan yang terbaik. Semuanya bermula dari kita dahulu. Bila kita baik dengan kawan kita. Tidak mustahil kita akan menjadi rapat. Dari situ kita akan berkongsi pelbagai cerita yang dapat menjadikan kita dan dia sebagai sahabat. Mudah bukan? 

Tapi kawan juga penting. Tanpa kawan tiada lah kalerr luna  dalam hidup kita :D 
Mencari 1 sahabat lebih susah dari mencari sejuta kawan.

mereka antara kawan kawan dan sahabat yang pernah mewarnai hidup aku.


hei, pada kawan kawan yang lain yg ta ade gamba dalam ni InsyaAllah aku masih je ingat korang. kita sama sama lah tego ye. aku tak sombong kan kan :D pengakuan ikhlas. hihi.

 sekian, terima kasih datang
nanti datang lagi  
 Penjelasan yang ringkas dari anak Mustafa  :)

Sunday, January 1

Welcome 2012

SELAMAT TAHUN BARU ! Kalau mengikut calendar islam kita dah lama masuk tahun baru atau awal muharam (maal hijrah) . paling penting Alhamdulillah kita masih bernafas .


As a usual bilaa dah masuk tahun baru, mesti semua ade azam baru kan? Harap semuanya akan menjadi kenyataan . Amin. Aku takda azam baru . Cuma minta kehidupan aku makin ter urus dan terus Berjaya :D
*pssst*azam aku yang naik basi is nak kurus. tapi tetap jugak gemOk.


bila dah masuk tahun baru ni umur akan meningkat setahun. Pada siapa yang lahir tahun 92 mcm aku, kita dah boleh ucapkan selamat tinggal pada umar belasan tahun. Dan hello pada alam 20-an ! 

Semoga pengalaman makin mematangkan diri kita semua . Bila dah masuk tahun baru ni, kita kene banyak bersedia. Bersedia menempuhi segala cabaran yang akan menjadi pengalaman.

Tahun baru. azam baru. hidup baru. paling penting sentiasa maju.

Monday, December 26

KPOP

Tetiba rasa nak buat entry pasal KPOP ni. Entah kenapa. Aku tahu, fenomena KPOP ni boleh dikatakan agak serious dekat Malaysia ni. Hampir 65% merupakan peminat tegar termasuklah adik adik sepupu aku. Sanggup berhabis duit untuk yang berkaitan dengannya. Aku tak kata salah. Masing masing ade hobi sendiri. Untuk kepuasan diri, Tapi jangan sampai makan diri ya  J

Ini antara reason kenapa ade yang sampai taksub sangat dgn abang abang dan kakak kakak korea nie.heheh. Jom jom readers tengok :
  • Confirm lah sebab muka mereka yang kiut 
    Buat aku rasa nak lempang-laju-laju bila tengok muka dioarang. 
    Contoh kalau aku bg kump girls generation and infinite suruh pilih mane yang paling tak kiut. Konfem dioarang tak tahu nak pilih yang mana satu. Kan ?
  • Tarian diorang 
    Aku yang tengok terasa nak semput. Kemas dan teratur walau tarian dia mcm super susah. Yang gegurl tarian super lentok, yang boboy super faster. Aku nak tiru satu lagu punya tarian pun rasenya amik masik bebulan bulan ==’’ statement tak tipu. Haha
  •  Dressing mereka yang boleh dikatakan superb 
    Yes, bagi aku memang superb. Yang lelaki dgn stail macho . tu belum masuk rambut yang ala ala manja. Kalau kat sekolah, memang habis lah dikerjakan sampai botak  dek cekgu disiplin. Yang perempuan pulak memey secomey habis lah. Siap rambut ikal ikal terbang terbang. Haaa.
  • Attitude mereka 
    Kadang aku rase diorang ni bagus jugak. Even muka cantik dan hensem diorang tetap ade pelajaran. Ni yang sepupu aku cakap lah. Peminat sekarang ni pandai. Minat biar berpakej .
  • Pengaruh media yang kuat 
    Dari majalah mahupun radio. Lagi lagi sekarang memang ade majalah yang penuh dengan artis korea. Haa. Makin seronoklah mereka. Bila dah tengok atau dengar sesuatu yang buat kita rase suka dan seronok ,mesty nak follow kan?

Ini saja lah yang aku dapat simpulkan. Tak lah banyak mana. Aku tak berapa sangat , sekadar  biase minat minat tengok , dengar macam tu jelah dengan kpop ni.

Pernah aku dok join dgn adik adik sepupu aku ni haa. Bayangkan lah kalau kump super junior yang ramai tu diorang boleh hafal nama semua siap cam muka lagi. Yang aku ni pulak memang blur habis. Tengok muka semua sama. 

Perbualan kami apabila menonton vid super junior di waktu petang sewaktu adenye anging sepoi sepoi bahasa *tipu tipu : ( lebih kurang macam nilah kan )

Intan : haaa, inilah si a yang kita minat. Comel gila
alyana: eyh, kita minat yang kat belakang tu. Lagi comel
(bila kump tu menari dah tuka tuka tempat)
Aku : eyh, ni yang alyana suka tu kan?
Elyana : eyh, bukan lah.
Ain: itu ain punya lah kak fatin. Kan beza tu?
See, aku langsung tak cam . aku tengok semua sama. Mcm pelanduk banyak rupa. Haha.

girls generation & super junior
kalau korang memang cam sorang sorang siap tahu nama,memey hebat lah :D

terima kasih sudi luangkan masa ya readers :)

Saturday, December 17

Theodore and Eleanor

Semalam lepas selesai beli baju ayah untuk ke dinner ofis dia malam ni, kami terus decide gerak cinema lepas maghrib. cerita atas keputusan adik aku yang bongsu. alvin and the chipmunks 3 (chipwrecked). 

theodore
eleanor


Motif cuma nak bagitahu yang Aku ADORE gila dgn dua ekor tupai ni. Sebab mereka comel macam saya :D Lagi lagi kalau dia buat muka kesiannn. Rase macam-nak-cubit-cubit-pipi-dia-yang-gebus-sampai-lebam !
aku nak beli bear theodore ni. Seriousss! Buat mase ni aku cari cari belum jumpa lagi. Masih mencari. Ada sapa sapa pernah jumpa ? Bagitahu ya. Heheh.

# Ape ape pun alvin and the chipmunks ke 2 paling best antara yang pertama dan ketiga. Layan cerita mcm ni dengan family memang seronokk  :D

Thursday, December 15

Alhamdulillah !

Ya Allah aku lega sangat lepas dah cek result. Alhamdulillah semua lulus dan masih 3 pointer . Penangan nak tengok result ni memang hebat. 3 hari berturut aku mimpi pasal result keluar tp bila time nak bukak result tu mesti tiba masa mama aku kejut subuh ==’’ jadi, memang tak nampak lah berapa result yang aku akan dapat . Paling teruk aku tak boleh tido satu hari ,sehari sebelum aku nekad nak tengok result. Ikut hati memang taknak tengok langsung. Bia sampai habis praktikal bulan 5 tahun depan baru tengok. tapi mengikut kehendak hati yang tak tenteram. Kene kuat jugaklah bila nak tengok.HAHHAH! Apa apa pun sekarang dah boleh tido lena. Dah boleh golek kiri kanan dengan tenang :D  Alhamdulillah. Syukur sangat. 


Terima Kasih pada pensyarah yang tahan dgn perangai tania yang blur dan suka buat buat paham ,
 mama dan ayah yang selalu bg semangat walau pun trang tang tang nampak kakak ni malas nak setadi -..-, 
kwn kwn kelas yang selalu bantu sampai aku betul betul paham. 

pada yang puas hati dengan keputusan , aku ucapkan tahniah ! :)
pada yang kurang memuaskan, cuba lagi. insyaAllah kegagalan itu satu titik kejayaan anda. Amin :)

Monday, December 5

Sabtu & Ahad

SABTU. Riuhnya kami sekeluarga besar belah mama menjayakan majlis cukur jambul plus kenduri khatan. Meriah nya tak perlu kata lah. Keluarga aku awal pagi dah bertolak ke rumah makcik. Semua makanan  kami warga wanita yang sediakan ,kami tak memerlukan khidmat segera . Disebabkan keluarga mama ade 11 orang. Jadi tak risaulah kalau wakil mak dan anak masuk dapur gerenti makanan siap. Tu belum masuk yang ade 2 atau 3 atau 4 ank perempuan. Haaa, memang riuhlah gamaknya. Nasib dapur tu besar :D  

Okay,hensem boy bawah ini (adik sepupu) dah pun Sembilan tahun, jadi memang patut sangat le pun sunat. See,dia pegang kain sambil senyum senyum >.<



Yeaa, inilah dia si cilik yang dicukur jambulnya. Baby kembar ! lelaki dan perempuan J
Farah Afrina & Arif Farhan

Marhaban yaaa marhaban dan bacaan yaasin dimulakan



Budak kecik zaman sekarang tiru pose budak besar zaman sekarang :D

Suka sangat bila keluarga belah mama 11 beradik berkumpul. Riuh sampai nak runtuh . mana tak nya kalau 22 pasangan suami isteri, 40 cucu dan 6 cicit ade dalam 1 rumah . okay, kalau korang nak tahu kembar tu adalah cicit keluarga kami. Tp bila mereka dah besar tetap nak mereka panggil aku ‘kakak’ bukan ‘makcik’ . demand kan ?
Riak muka atuk nenek senyum sampai telinga bila melihat kami sekeluarga  J



AHAD.  Bersiap untuk ke kenduri kahwin sepupu belah ayah di shah alam pula. 11 pagi dah bertolak. Keluarga ayah semua ada. Paling penting atuk dan opah yang datang dr perak! Selesai kenduri kami bergerak ke ikea dan the curve. Mencari idea untuk rumah baru. Ouh, bukan rumah aku tapi rumah makcik aku.
Pukul 9 malam baru kami bergerak pulang.
*bertuah rasenya mempunyai keluarga besar yang sangat rapat di kedua belah mama dan ayah, Alhamdulillah
 
ISNIN , SELASA , RABU , KHAMIS DAN JUMAAT dan hari hari seterusnyaaa
Menghabiskan sisa sisa cuti sem sebelum mula nya praktikal pada 19.12.

Apabila biskut bertemu air kopi. Akan menjadi hidangan lazat yg tak terperi. Makan dulu. Assalamualaikum. 



Friday, December 2

Ini dia hobi baru :)

Ouh, bosan . jejari sudah mula mahu menari di papan keyboard. Ini lah dia, ‘eksaited’ dengan hobi baru. HAHA. Mula mula saja semangat nak menaip. Lama lama bersawang lah blog aku ni :) 
Niat nak buat blog ni memang dah lama aku pendam -___-‘’
 Cume belum berkesempatan. Sibuk dgn dunia belajar, padahal tak lah rajin mana aku mengulang kaji. Bila dah habis exam ,cuti sem. Baru lah aku dapat buat bende alah ni. 
terima kasih ya nadiah jahari di atas pertolongan anda.
*sekarang ni purata mata menghadap lappy dijangka makin meninggi ==''